Nak belajar mengaji tetapi tiada kenderaan ulang-alik ke kelas? Sudah ada kenderaan tetapi leceh memandu menerusi laluan trafik yang sesak? Tak perlu susah-susah kerana di Quranic Mind, mengaji online pun boleh!
Bermula dari tahun 2017, Institusi Quranic Mind telah menjadi peneraju pendidikan Al-Quran & Solat yang menawarkan pengajian berkualiti bagi semua golongan usia yang mahu belajar. Berteraskan pengajian Al-Quran, Quranic Mind menawarkan pengajian berperingkat bermula daripada Asas Dewasa, Tajwid, Talaqqi Am dan Talaqqi Khas.
Jom tengok dengan lebih lanjut lagi pembelajaran sistematik yang ditawarkan oleh Quranic Mind secara berperingkat!
Tahap 1: Pengajian TAHMID Asas
Peringkat pertama dalam pelan pembelajaran Quranic Mind adalah pengajian asas Tahmid bagi pelajar dewasa yang bermula dengan sebutan Huruf-huruf Hijaiyyah (Alif, Ba, Ta). Para peserta dipandu untuk mengenal bentuk dan asas penulisan huruf-huruf Hijaiyyah serta sebutannya secara berulang. Quranic Mind mengaplikasikan gaya pembelajaran yang kreatif menggunakan alat ketukan untuk membantu sesi pembelajaran.
Kelas mengaji dewasa di peringkat pengajian Tahmid asas ini berlangsung sebanyak 12 kali dan berjalan seminggu sekali. Selepas mahir membaca Huruf-huruf Hijaiyyah, peserta boleh menyertai kelas di peringkat seterusnya.
Tahap 2: Pengajian TAJWID
Seterusnya, peserta boleh melanjutkan pengajian ke peringkat TAJWID yang bermula dengan latihan dan pembetulan Makhraj Huruf; tempat keluarnya Huruf-huruf Hijaiyyah di dalam mulut. Mempelajari sebutan tepat setiap huruf, hukum-hukum asas tajwid dan tanda wakaf (berhenti) adalah penting dalam pembacaan Al-Quran.
Kelas mengaji di peringkat pengajian Tajwid ini berlangsung sebanyak 12 kali dan berjalan seminggu sekali. Selepas mahir melafaz Huruf-huruf Hijaiyyah dan hukum-hakam Tajwid, peserta boleh menyertai kelas di peringkat seterusnya.
Sebagai tambahan, Tahap 1 dan Tahap 2 dijalankan dengan konsep pembelajaran yang santai dalam kumpulan, di mana peserta akan dibantu oleh ustaz hanya apabila diperlukan. Konsep ini digunakan untuk mencipta suasana pembelajaran yang mesra supaya pelajar-pelajar tidak malu atau takut untuk membuat salah serta menggalakkan peningkatan walaupun secara perlahan selama 3 bulan pengajian.
Tahap 3: Pengajian TALAQQI AM
Selepas pengajian Tajwid, peserta boleh melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian Talaqqi Am. Sesi pembacaan Al-Quran secara berkumpulan dijalankan untuk menerapkan rasa yakin dalam diri pelajar untuk membaca Al-Quran. Di peringkat ini, peserta boleh mengulangkaji pelajaran yang didapati dalam tahap 2 berkaitan sebutan Makhraj huruf dan Tajwid untuk membina kemahiran dan kebolehan membaca Al-Quran dengan baik, sistematik dan berperingkat.
Dengan bantuan tenaga pengajar, peserta dipandu mengaji online untuk mengasah lagi bacaan dengan menguasai dan menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran pada peringkat awal.
Melalui pembelajaran mengaji online yang berterusan mengikut pelan yang diatur, InsyaAllah para peserta boleh mengkhatamkan Al-Quran dalam masa setahun bersama Quranic Mind Network.
Tahap 4: Pengajian TALAQQI KHAS
Di peringkat akhir kelas mengaji online di Quranic Mind, pembacaan Al-Quran secara individu bersama dengan guru akan lebih berfokus kepada kelancaran bacaan Al-Quran di mana peserta boleh melanjutkan penguasaan Makhraj huruf tertentu yang masih belum memahiri sepanjang pengajian sebelum ini. Peserta pengajian Talaqqi Khas boleh melatih diri untuk menyempurnakan sebutan huruf, dengungan dan kemahiran membaca Al-Quran dengan lebih lanjut di bawah pantauan guru yang bertauliah.
Sejak titik permulaan sehingga kini, Quranic Mind telah menerima lebih daripada 1000 penyertaan dan membantu ramai pelajar dalam mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk secara Talaaqi Am.
Quranic Mind turut mengadaptasi gaya pembelajaran yang selari dengan perkembangan teknologi dunia yang pesat, di mana peserta-peserta boleh meneruskan pembelajaran Al-Quran dengan mengaji online tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan yang bermutu bagi setiap peserta.
Kini anda juga boleh mengaji online dengan mudah dengan pendekatan untuk mempelajari al-Quran merentasi masa, jarak, & komitmen, dan melalui mana-mana platform online untuk belajar secara live dengan guru melalui video call.
Kelas-kelas mengaji online ini dijalankan di bawah bimbingan para guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian Al-Quran. Antaranya adalah pekerja-pekerja tetap yang mempunyai latar belakang akademik yang membanggakan seperti Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Sarjana Syariah. Ahli-ahli tenaga pengajar di institusi ini semuanya terlatih dalam memastikan sesi mengaji online yang ditawarkan adalah sama kualitinya seperti belajar di dalam kelas.
Quranic Mind Network memahami keinginan anda untuk bertaubat, kembali kepada ajaran Al-Quran, memperbaiki bacaan Al-Quran dan menjadi hamba Allah yang lebih baik, tetapi segan untuk bermula di usia yang telah lanjut.
Dari Aisyah r.h.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang mahir dalam Al-Quran akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia lagi benar, dan orang yang tersangkut-sangkut dalam membaca Al-Quran sedang ia bersusah payah (mempelajarinya), maka baginya pahala dua kali.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud)Walau bagaimanapun, sekiranya dalam hati anda masih terdetik sebegitu, Quranic Mind Network sedia membantu anda. Jom mengaji online di Quranic Mind! Layari laman web Quranic Mind https://quranicmind.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut dan testimoni peserta-peserta Quranic Mind, atau anda juga boleh kunjungi mana-mana cawangan Quranic Mind Network di Shah Alam.