
Kini, khidmat pembantu rumah harian Muslim tempatan semacam menjadi suatu keperluan wajib bagi sesebuah keluarga, terutamanya bagi yang mempunyai anak kecil dan bagi pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja, serta mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit yang tinggal bersama.
Dahulu, kebanyakan pembantu rumah biasanya diambil daripada kalangan saudara-mara yang baru tamat persekolahan di kampung atau saudara-mara yang uzur dan kesempitan wang serta tidak mampu melakukan tugasan kampung yang berat, atau ada juga yang suka-suka ingin berasa kehidupan kota. Kemudiannya, trend pembantu rumah perlahan-lahan berubah kepada pengambilan pembantu rumah warga asing. Sekarang, kita disediakan dengan lebih banyak variasi perkhidmatan oleh pelbagai organisasi. Antara perkhidmatan atau jenis pembantu rumah yang mungkin akan menjadi trend terkini ramai warga Malaysia adalah pembantu rumah harian Muslim tempatan.
Jadi, mengapa anda perlu mengambil pembantu rumah harian Muslim tempatan?
1. Terjaga Hal Berkaitan Islam
Paling penting sekali, iman dan akidah anda sebagai orang Islam lebih terjaga. Kedua, kita tidak akan perlu menghabiskan waktu menerangkan hal berkenaan kefahaman dan amalan kita sebagai umat Islam. Terutama sekali jika anda perlu bergantung sepenuhnya pada pembantu rumah itu untuk menguruskan segala aspek rumah tangga anda daripada aspek kebersihan rumah sehingga hal penyediaan makan-minum.
2. Terjaga Emosi
Terlalu banyak perbezaan seperti kefahaman agama juga dapat menambahkan tekanan sama ada kepada pembantu rumah mahupun kepada majikan itu sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal sebumbung. Tetapi, tidak dengan pembantu rumah harian, yang mana mereka akan pulang setelah jam kerja mereka tamat pada hari itu. Perbezaan bahasa dan budaya juga lebih mudah menimbulkan salah faham dalam urusan seharian anda. Jadi, mengapa mengambil risiko? Pilihlah orang tempatan yang akan lebih memahami keperluan anda!
3. Privasi Bersama Keluarga
Dengan memiliki pembantu rumah, anda dapat meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama-sama keluarga anda tanpa kepenatan akibat kerja luar dan kerja rumah yang tidak pernah surut. Dan dengan pembantu rumah harian Muslim tempatan, anda beroleh privasi bersama keluarga tanpa kehadiran orang luar bila-bila masa sahaja yang anda inginkan kerana anda tidak dipertanggungjawabkan untuk mengurus penginapan mereka.
4. Lebih Menjimatkan
Anda tidak perlu menyediakan tempat tinggal dan makan minum. Tidak perlu membayar gaji bulanan, cuma bayar mengikut hari perkhidmatan diperlukan. Tiada kos sampingan lain seperti dalam kes mengambil pembantu rumah warga asing yang mana banyak agensi swasta mengenakan bayaran RM12,000 hingga RM18,000 untuk proses membawa masuk pembantu rumah itu sahaja.
5. Proses Pengambilan Pekerja Yang Lebih Mudah
Untuk pembantu rumah asing, anda harus melalui prosedur yang rumit dan panjang. Daripada segi pengangkutan dan dokumen, semuanya anda perlu terlibat. Jika anda berurusan dengan kerajaan langsung seperti menerusi Sistem Maid Online (SMO) oleh Jabatan Imigresen Malaysia, anda perlu memenuhi banyak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti membeli insurans untuk pembantu rumah anda. Tetapi dengan pembantu rumah harian Muslim tempatan, ianya lebih mudah kerana sumber tenaga kerja adalah orang tempatan, jadi tiada prosedur dokumen tambahan diperlukan.
6. Membantu Menjana Ekonomi Dalam Negara
Melihat di dada akhbar akhir-akhir ini, banyak cerita kurang enak yang terkait dengan pembantu rumah. Dan negara kita, Malaysia banyak bergantung kepada sumber tenaga asing bagi memenuhi keperluan dalam sektor ini. Walhal, ramai lagi rakyat Malaysia sendiri, pemuda-pemudi dan juga yang tidak berapa muda, mengeluh kerana tidak mempunyai pekerjaan dan sudah lama menganggur. Jadi, apa kata kita memberikan sokongan padu terhadap pembantu rumah Muslim tempatan, sekali gus membantu mengukuhkan ekonomi dalam negara.
Jika anda berminat untuk menggunakan khidmat pembantu rumah harian tempatan Muslim sekarang, anda juga boleh terus call/WhatsApp di nombor +60125105010 atau klik di link ini untuk WhatsApp.