Kalau ikutkan pepatah orang Melayu, katanya senyuman itu satu sedekah. Tapi kalau gigi sakit… ataupun gigi tak cantik… malulah nak senyum selalu! Anda jangan susah hati. Klinik Gigi Ampang ini ada penyelesaian untuk masalah anda.
Rose Dental merupakan sebuah klinik pergigian yang terletak di Ampang, Selangor. Perkhidmatan yang ditawarkan bagus-bagus belaka, dan ramai pengunjung berpuas hati dengan layanan yang diterima sepanjang rawatan di klinik ini.
Rose Dental ini bukan sahaja dikenali dengan fasiliti mereka yang baik, malahan juga sifat mesra keluarga di klinik gigi Ampang ini menyumbang kepada reputasi mereka sebagai pilihan terbaik bagi penduduk kawasannya. Bagi pengunjung yang datang bersama kanak-kanak, ruang untuk bermain sepanjang waktu menunggu pun disediakan. Bagi pengunjung Muslim yang perlu solat, ruang solat juga disediakan di premis ini. Jadi, keselesaan anda pasti terjamin!
Klinik gigi Ampang Rose Dental sentiasa mengutamakan kualiti layanan yang terbaik bagi anda sebagai pesakit. Demi memenuhi hak anda dalam mendapatkan rawatan rapi dari awal hingga akhir, pasukan perawat di Rose Dental sentiasa menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam memberi rawatan. Anda juga tak perlu ragu-ragu mengenai kebersihan peralatan dan kawasan di mana rawatan dijalankan kerana semuanya diberi perhatian sepenuhnya oleh staf-staf demi keselesaan anda.
Kalau semuanya berkualiti tinggi, mesti kos rawatannya pun mahal, bukan?? Tidak sama sekali! Di Rose Dental, segala perkhidmatan dan rawatan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bertuah, mungkin anda dapat kejar harga-harga promosi mereka yang lebih menarik!
Bukan itu sahaja, kepelbagaian jenis rawatan pergigian menjadikan klinik gigi Ampang ini pilihan terbaik buat anda! Perawat-perawat di klinik ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang meluas, dan mereka sedia berkhidmat untuk memastikan gigi anda cantik, sihat dan kuat.

Tak percaya?? Jom tengok apa servis-servis yang membuatkan Klinik Pergigian Ampang Rose Dental pilihan penduduk-penduduk di kawasan Ampang!
Pertama sekali, anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi pergigian dan diagnosis. Pakar-pakar di klinik ini berpengalaman dalam membuat diagnosis dengan tepat. Mereka sedia untuk meluangkan masalah mendengar masalah anda dan pada yang sama, memastikan keselesaan dan ketenangan anda sepanjang sesi konsultasi.
Kedua, anda boleh dapatkan perkhidmatan mencuci gigi setiap 6 bulan di klinik gigi Ampang ini untuk menyahkan plak dan tartar secara menyeluruh. Sekiranya diperlukan, tampalan gigi turut diberi sebagai rawatan awal untuk mencegah kerosakan gigi yang lebih lanjut.
Ketiga, perkhidmatan rawatan akar gigi boleh dijalankan di klinik ini sekiranya anda mempunyai kerosakan akar gigi yang teruk. Rawatan ini dijalankan sebagai alternatif bagi akar gigi yang telah rosak teruk tetapi tidak mahu gigi tersebut dicabut ataupun tertanggal.
Keempat, rawatan veneer boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan ke atas gigi yang telah berubah warna, rosak, tidak teratur ataupun mempunyai ruang di antara gigi.
Kelima, klinik gigi Ampang memiliki fasiliti untuk menghasilkan gigi palsu yang nipis dan selesa dipakai, di samping kelihatan cantik dan semulajadi supaya anda boleh terus senyum dengan yakin!
Keenam, perkhidmatan korona dan jambatan disediakan untuk menampung gigi rosak sepenuhnya. Korona merupakan sarung yang berbentuk sama seperti gigi asal, manakala jambatan pula ialah rawatan bagi menggantikan gigi yang hilang dengan sokongan gigi bersebelahan.
Ketujuh, masalah gigi kuning dapat diselesaikan dengan perkhidmatan pemutihan gigi di Rose Dental. Masalah gigi kekuningan sememangnya normal apabila usia semakin meningkat, tetapi tak bermakna anda perlu terus biarkan perkara ini menahan anda daripada senyum dengan yakin.
Semua perawat gigi akan berusaha mencuba pelbagai kaedah untuk menyelamatkan gigi daripada cabutan. Walau bagaimanapun, sekiranya kerosakan terlalu teruk sehingga menyebabkan kesakitan jangka panjang, Rose Dental turut menawarkan perkhidmatan mencabut gigi serta pembedahan kecil bagi gigi bongsu yang bermasalah.
Akhir sekali, Rose Dental menyediakan perkhidmatan Fibre Reinforced Composite atau FRC yang berfungsi sama seperti rawatan jambatan, tetapi dengan kos yang lebih rendah.
Bagaimana? Menarik bukan?? Bermacam-macam kaedah rupanya yang boleh kita lakukan untuk memperbaik semula gigi kita.
Sebagai tambahan, pengurusan rekod pesakit dilakukan secara berkomputer sepenuhnya bagi memastikan tempahan dalam talian dilaksanakan dengan kecekapan yang maksimum.
Klinik Gigi Ampang ini bertempat di alamat 1-1-6, Blok 1, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor.
Klinik pergigian Rose dibuka setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad, jadi mudahlah buat anda untuk menjadualkan temu janji pada bila-bila waktu operasi. Tiada lagi masalah temu janji bercanggah dengan waktu bekerja!
Anda ada masalah gigi?? Cepat hubungi Rose Dental melalui Whatsapp di 01116690532, atau layari laman web mereka di https://rosedental.my/ untuk menempah sesi temu janji anda. Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini melalui akaun Instagram rasmi mereka di @rosedental.my. Klinik Gigi Ampang Rose Dental bersedia untuk mengembalikan semula keyakinan anda untuk terus senyum dengan gigi yang cantik, sihat dan kuat!