Trending ber-chatting atau pun lebih terkenal dengan panggilan social media bukan hanya untuk bertanya khabar sahaja, malah anda juga boleh menggunakan teknologi ini untuk berjual beli dengan penjual dan pembeli Muslim dengan mudah dan pantas.
Pembeli dan penjual boleh berinteraksi dengan sesama sendiri dengan menggunakan Click To Chat tab.


Penjual akan terus mendapat notification di alamat email yang di bekalkan semasa pendaftaran. Seterusnya, pembeli boleh berinteraksi secara langsung dengan penjual mengenai produk yang hendak di beli di mana penjual boleh menjawab soalan-soalan pembeli dengan hanya menekan tab Reply.
Di samping itu, pembeli juga boleh membuat tawaran ataupun offer kepada penjual dengan meletakkan harga yang hendak di berikan kepada penjual.


Pembeli juga boleh menukar harga tawaran yang sudah ditetapkan dengan menekan tab Change Offer. Dengan ini, penjual boleh melihat harga-harga tetapan yang di letakkan oleh para pembeli dan seterusnya memilih harga yang sesuai dengan penetapan oleh penjual tersebut.
Dengan cara ini, diharapkan agar penjual dan pembeli lebih mudah untuk melakukan perbicangan dan seterusnya meneruskan transaksi dengan lebih selamat dan cepat.
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – For Greater Ummah.