Seringkali kita merujuk kepada buku motivasi diri dan juga kisah-kisah teladan untuk memberi semangat dan inspirasi kepada diri sendiri.
Dengan pembacaan material yang berguna dan betul, kita boleh membentuk pemikiran kita supaya menjadi lebih tajam serta cenderung terhadap dalam membaiki diri kita.
Di bawah ini adalah buku-buku motivasi diri yang beransurkan agama yang harus dibaca oleh semua.
1) Sampai Bila Makan Gaji?
Buku ini di tulis oleh Mejar Muhammad Qayyum dan berunsurkan siri motivasi yang sangat tinggi.
Sesuai dibaca oleh seluruh lapisan umur, terutama sekali yang menginginkan perubahan di dalam bidang career masing-masing.
Harga: RM10
Dapatkan ia di sini.
2) Hebatnya Doa Seorang Ibu
Buku hebat ini sememangnya harus dibaca oleh anda semua. Menceritakan bahawa penting dan berkuasa nya doa seseorang Ibu itu.
Selain itu, buku ini juga sangat berguna didalam penyampaian mesejnya kepada anak-anak bahawa Ibu anda adalah orang yang harus anda hormati dan sayangi, selain dari ayah anda.
Harga: RM10
Dapatkan ia di sini.
3) Usrah Lolipop
Dengar sahaja perkataan usrah, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah ceramah sesama kawan-kawan mahupun sekolompok Muslim yang ingin belajar mengenai agama dengan lebih lanjut.
Buku ‘Usrah Lolipop’ ini adalah buku yang harus dimiliki oleh anda semua kerana penyampaian mesejnya mudah difahami diselitkan dengan unsur motivasi.
Harga: RM10
Dapatkan ia di sini.
4) HUTANG – Seronok Yang Membawa Bencana
Pasti anda tertanya-tanya mengapa buku mengenai hutang diselitkan di artikel motivasi diri ini. Perlu anda tahu, orang yang tidak berhutang adalah orang yang paling berjaya di dunia ini.
Di dalam Islam sendiri, hutang seringkali ditegaskan sebagai masalah yang sangat serious, dan permergian kita di dunia ini dengan keadaan berhutang akan menjejaskan keadaan kita disana.
Baca buku ini untuk mengikuti cara-cara bagaimana untuk jadi debt free dan akhirnya akan membuatkan kita stress free dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Harga: RM10
Dapatkan ia di sini.
5) Banduan Terakhir
Dengar sahaja nama buku ini, pasti akan membuat lutut anda bergetar disamping hati yang tidak semena-mena berdegup kencang (agak over disitu).
Tajuk buku ini sahaja mampu menyedarkan kita bahawa kita kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan selebihnya apa yang akan kita bawa ke alam sana adalah bekalan amal kita semua.
Buku yang mampu dimiliki oleh semua ini harus dijadikan ikhtibar supaya kita lebih cenderung untuk memotivasikan diri kita untuk berbakti kepada Pencipta kita dan cuba berusaha untuk meninggalkan larangan-Nya.
Harga: RM3
Dapatkan ia di sini.
Pembacaan buku-buku motivasi diri yang berunsurkan agama bukan sahaja menaikkan lagi motivasi diri ini untuk berjaya di dunia, malah akan membentuk kita supaya menjadi insan yang berjaya di akhirat kelak jua. Amen.
Juga Baca: 5 Senarai Buku Rujukan SPM Di Big Bad Wolf Sale KL
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – For Greater Ummah.