Industri digital dan pemasaran digital di Malaysia khususnya menjadi semakin rancak pada tahun 2017 dengan adanya berbagai inisiatif yang dilancarkan oleh agensi kerajaan dan swasta, kemunculan pelbagai jenis start-up tempatan yang berjaya dan juga hebahan media yang lebih meluas berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, tahun 2018 juga menjanjikan insentif kepada syarikat yang berstatus Small and Medium Enterprise (SME) kerana kerajaan Malaysia, melalui Bajet 2018, menjanjikan pelbagai insentif dan juga geran untuk bisnes SME menggunakan teknologi digital dalam operasi harian mereka agar kekal relevan di era Industry 4.0.
Untuk menjamin kemajuan bisnes anda untuk tahun 2018, pemasaran digital adalah satu cabang pemasaran yang kritikal yang wajib anda terokai jika anda belum lagi mempunyai strategi pemasaran digital.
Berikut adalah 5 servis pemasaran digital yang anda boleh dapati dari aplikasi Mobile Muslim yang boleh membantu anda dalam langkah awal untuk melibatkan bisnes anda dengan aktiviti pemasaran digital:
Digital Marketing 3 in 1
Pakej ini sangat sesuai untuk syarikat SME kerana pakej ini menyediakan servis-servis yang paling penting untuk aktiviti pemasaran digital iaitu Search Engine Optimization (SEO), pemasaran konten dan juga pemasaran media sosial.
Walaupon pakej 3 in 1 ini adalah servis asas untuk aktiviti pemasaran yang dinyatakan diatas, ia sudah lebih dari cukup untuk bisnes-bisnes yang tidak mempunyai strategi pemasaran digital langsung. Ia boleh menjadi satu batu loncatan untuk aktiviti pemasaran digital yang lebih mendalam sekaligus boleh membantu dengan aktiviti jualan online mahupun offline untuk SME.
Jika hendak dibandingkan dengan servis pemasaran digital di luar sana, langganan pakej SEO sahaja mampu mencecah RM1,000 – RM2,000 sebulan, inikan pula 3 servis.
Sebagai bonus, pakej ini juga memberikan 1 servis ciptaan iklan video secara percuma setiap bulan kepada pelanggan pakej ini.
Langgan servis disini: Digital Marketing 3 in 1
Google Adwords One to One Coaching – Half day
Anda nak dapatkan pelanggan baru yang berkualiti dengan segera? Google Adwords adalah platform pengiklanan yang paling efektif dan cepat untuk mendapatkan pelanggan baru.
Berbeza dengan audience Facebook yang lebih kepada menyemak imbas apa yang ada di timeline mereka, audience Google adalah audience yang tingkah lakunya sendiri lebih bersifat mencari. Disebabkan inilah pelanggan yang didapati di Google Adwords lebih berkualiti.
Untuk servis Google Adwords One to One Coaching – Half day ini, anda akan diberikan ilmu untuk menjalankan kempen pengiklanan anda sendiri menggunakan Google Adwords.
Ya, anda boleh gunakan agensi untuk menjalankan kempen pegiklanan Google Adwords anda. Tetapi kebiasaanya agensi akan mengenakan caj yang tinggi dan jumlah permulaan untuk kempen pengiklanan Google Adwords tidak kurang dari beribu ringgit.
Dengan ilmu yang dipelajari secara one-to-one, anda boleh mulakan kempen anda dengan seberapa jumlah wang ringgit yang anda mampu!
Langgan servis disini: Google Adwords One to One Coaching – Half day
Website Setup One to One Coaching – Half day
Anda masih lagi tidak mempunyai website? Website anda sukar untuk diselenggara sendiri oleh anda atau staf anda? Servis Website Setup One to Once Coaching – Half day ini adalah sesuai untuk anda kerana bukan saja anda dapat tunjuk ajar untuk setup website sendiri, di akhir sesi, anda dijanjikan website yang terus boleh diguna pakai.
Bukan itu sahaja, akan juga akan diajar bagaimana untuk menyelenggara dan menambah sendiri konten supaya website anda menjadi semakin relevan dimata Encik Google. Seperti kata pepatah pakar-pakar SEO di serata internet, “Content is King“. Maksudnya disini adalah konten adalah faktor yang terbesar untuk menentukan ranking anda di Google.
Anda akan diberi coaching asas bagaimana untuk setup website menggunakan platform WordPress, iaitu platform Content Management System (CMS) yang paling banyak digunakan di internet.
Langgan servis disini: Website Setup One to Once Coaching – Half day
Writer
Penghasilan konten adalah nadi kepada pemasaran konten yang efektif. Jika anda tidak mempunyai masa yang terluang untuk menghasilkan sendiri konten untuk website anda, servis Writer ini cukup berguna kerana is boleh menjimatkan masa dan juga menghasilkan konten yang berkualiti.
Menghasilkan konten bukanlah sesuatu yang semudah yang disangka, lebih-lebih lagi untuk SME yang sibuk dengan operasi bisnes harian. Untuk menghasilkan konten yang berkualiti, anda perlu menyusun strategi agar konten yang dihasilkan berguna untuk pembaca sekaligus membantu page website anda untuk berada di page pertama di Google.
Disinilah khidmat Writer yang berpengalaman boleh membantu kerana mereka boleh menghasilkan konten yang berkualiti bukan sahaja di mata pembaca, malah di mata enjin carian Google.
Langgan servis disini: Writer
Photoshop Work
Anda memerlukan logo yang menarik? Banner iklan menarik untuk diedarkan di akaun media sosialanda? Tetapi anda tidak mempunyai skil untuk menghasilkan imej yang menarik perhatian aundience anda di media sosial?
Tidak perlu risau, servis Photoshop Work ini boleh membantu anda untuk menghasilkan iklan dengan reka bentuk grafik yang menawan yang dapat menarik perhatian pengguna media sosial dengan harga yang berpatutan.
Media sosial seperti Facebook dan Instagram meletakkan penekanan yang tinggi pada gambar-gambar yang menarik. Ini sekaligus akan menaikkan reach post anda ke tahap yang lebih tinggi.
Langgan servis disini: Photoshop Work
Cabang Digital Marketing sebenarnya sangat lah luas. Walaubagaimanapun, servis pemasaran digital yang ditawarkan diatas adalah antara yang terpenting untuk bisnes SME yang baru untuk mengaplikasikan pemasaran digital dalam strategi pemasaran mereka.
Selamat datang ke alam digital!
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – For Greater Ummah.