5 Budget Muslim Homestay Ini Yang Perlu Anda Ketahui

Bagi anda yang selalu tercari-cari budget Muslim homestay selesa, anda boleh lah dapatkannya dengan harga yang sangat berpatutan di aplikasi Mobile Muslim.

Terdapat lebih sepuluh homestay yang sudah didaftarkan di aplikasi Mobile Muslim, dan kami ingin memberikan anda 5 budget Muslim homestay yang sesuai untuk anda seisi keluarga mahupun rakan-rakan bagi penginapan yang murah dan selesa.

1. Budget Muslim Homestay D’Angsana, Bangi

Budget Muslim Homestay
Homestay D’Angsana. Image Credit: Homestay D’Angsana FB

Homestay murah ini terletak berhampiran dengan UKM, UPM dan juga Putrajaya. Sesuai bagi keluarga kecil yang berkehendakan untuk menginap disini bagi menghadiri majlis convocation anak mereka.

Di homestay ini juga terdapat bilik deluxe berhawa dingin yang selesa dan homestay ini juga mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa.

Sewa yang dikenakan hanyalah RM130 sehari bagi penginapan minimum sewa 2 hari. Anda juga akan diberi diskaun sebanyak 10% bagi penginapan yang melebih 5 hari.

Saya nak menginap disini: Homestay D’Angsana

2.Budget Muslim Homestay Sri Dahlia, Bangi

Budget Muslim Homestay
Homestay Sri Dahlia. Image Credit: Homestay Sri Dahlia FB

Homestay Sri Dahlia ini terletak di Pangsapuri Seri Dahlia di Bangi. Rumah ini berada di tingkat 4 dan mempunyai 3 bilik tidur dan dua bilik air dan sangat sesuai bagi yang mempunyai keluarga yang besar.

Sewa yang dikenakan adalah RM150 untuk satu malam. Bagi 4 malam, sewa yang di caj adalah RM135 manakala bagi yang berminat untuk menginap selama seminggu, sewa yang dikenakan pula adalah RM130.

Caj yang dikenakan sangat berpatutan kerana tuan rumah juga menyediakan peralatan memasak seperti microwave, periuk nasi, cerek air serta pinggan mangkuk.

Selain itu, mesin basuh, peti ais, sterika dan flat-screen TV juga disediakan bagi keselesaan maksimum untuk anda sekeluarga.

Saya nak menginap disini: Homestay Sri Dahlia

Juga Baca: 5 Trend Tudung Muslimah Untuk Para Hijabista

3.Budget Muslim Homestay Embun, Kajang

Budget Muslim Homestay
Homestay Embun. Image Credit: Homestay Embun FB

Homestay simple tapi cantik ini terletak di Puncak Saujana Kajang. Selesa bagi yang hendak menginap untuk sehari dua dari kesibukan dibandar.

Homestay ini juga berdekatan dengan Tesco, Giant dan juga McDonald dan menjadi tumpuan utama terutamanya ketika majlis convocation, berikutan tempat tinggal yang disediakan adalah sangat berpatutan dan selesa.

Harga yang dikenakan adalah dari RM150 – RM250 sahaja untuk satu malam.

Saya nak menginap disini: Homestay Embun

4. Budget Muslim Homestay Kg. Melayu Subang

Budget Muslim Homestay
Homestay Kg. Melayu Subang. Image Credit: Homestay Kg. Melayu Subang FB

Berdekatan dengan Subang Airport dan highway utama seperti Guthrie Highway, NKVE dan DASH.

Budget Muslim homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air. Penghawa dingin juga disediakan di Master Bedroom dan di living room.

Turut disediakan adalah kemudahan memasak, mesin basuh, TV, water heater, dan juga pinggan mangkuk.

Sewa yang dikenakan adalah RM200 untuk satu malam bagi Isnin – Jumaat, manakala untuk hari minggu adalah RM250 untuk satu malam.

Harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan anda akan mendapat parking space yang selamat bagi kereta anda.

Saya nak menginap disini: Homestay Kg. Melayu Subang

5. Budget Muslim Homestay Gombak

Budget Muslim Homestay
Homestay Gombak. Image Credit: Homestay Gombak FB

Budget homestay di Gombak ini mempunyai dua pilihan bagi unit berkipas ataupun unit berhawa dingin.

Bagi unit berkipas, harga untuk satu malam hanyalah RM139. Manakala, bagi unit berhawa dingin, harga untuk satu malam adalah RM169. Setiap unit boleh memuatkan sehingga 8 orang dewasa.

Walaubagaimanapun, homestay ini tidak menyediakan dapur untuk memasak, tetapi kedai-kedai makanan pelbagai pilihan terletak berdekatan dengan homestay ini.

Saya nak menginap disini: Homestay Gombak

Jikalau anda juga mempunyai homestay yang hendak disenaraikan di Mobile Muslim, anda boleh berbuat demikian dengan klik di link ini untuk pendaftaran.

Juga Baca: Senarai Homestay Di BANGI RM150-RM250 Berdekatan Dengan UKM

 

Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – For Greater Ummah.

Leave a Comment