Dalam artikel travel kali ini, kami ingin memberikan anda sebuah Muslim Homestay Perth yang wajib anda kunjungi bila anda bercuti di sana.
Kami di Mobile Muslim mencadangkan rumah homestay yang awesome ni untuk anda semua. Samada anda pergi melancong dengan famili atau rakan dan taulan, Umi Homestay amat sesuai untuk anda semua yang ingin mencari tempat tinggal di Perth, Australia.
Inilah 5 sebab mengapa anda wajib kunjungi Umi Homestay sebagai tempat beristirehat semasa di Perth.
1. Pemilik Muslim Homestay Perth Umi Ini Adalah Warganegara Malaysia
Pertama, pemilik homestay Umi ini, Maya Mohd adalah warganegara Malaysia. Oleh itu, anda akan berasa seperti di Malaysia walaupun berada di negara asing.
Maya juga adalah seorang yang sangat mesra dan peramah, mereka menyediakan rumah yang sangat selesa dan luas untuk percutian anda yang sempurna di Perth.
Jadi, anda akan rasa seperti dirumah. Tambahan pula, homestay ini mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air yang boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.
2. Internet Tanpa Had Percuma Di Muslim Homestay Perth Umi Ini
Selain itu, perkara yang paling dirisaukan apabila di luar negara adalah data internet dan plan telefon.
Tetapi anda tidak perlu risau lagi! Umi Homestay menyediakan Internet tanpa had untuk penginap disitu.
Anda boleh online tanpa perlu risau untuk menghubungi famili di Malaysia atau perkara-perkara lain yang perlu lakukan seperti menonton YouTube, bermain game online, dan lain-lain lagi.
Juga Baca: Mudahnya Mendaftar Di Aplikasi Mobile Muslim
3. Homestay Yang Fully Furnished
Selain itu, Umi homestay di Perth ini adalah fully furnished, maksudnya daripada ruang tamu hinggalah ke dapur, semuanya berkelengkapan penuh, jadi anda tidak perlu risau dengan ketidaklengkapan rumah.
4. Makanan Disediakan Dengan Caj Tambahan Dan Dibenarkan Memasak
Anda juga dibenarkan untuk memasak jika anda mengidam sambal emak dirumah.
Hanya perlu mesej mak anda di Malaysia menggunakan internet tanpa had yang telah disediakan, minta resipi, beli bahan masakan, dan apa lagi, masaklah supaya anda dapat melepaskan rindu makanan favourite anda di tanah air.
Homestay ini juga menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam bagi sesiapa yang tidak mahu memasak.
Homestay Umi ini juga menyedikan bekal untuk anda bawa bersama jika anda mahu pergi bersiar-siar disekitar Perth dalam jangka masa yang lama dengan bayaran yang berpatutan.
Yang paling penting, makanan yang disediakan oleh Homestay Umi ini adalah Halal.
5. Parkir Disediakan Dan Station Keretapi Yang Berdekatan
Homestay Umi ini juga menyedikan parkir persenderian berbumbung untuk yang menyewa kenderaan, dan juga menyediakan kawasan parkir untuk pelawat.
Kepada yang tidak berkenderaan, anda tidak perlu khuatir, Homestay Umi hanyalah 5 minit perjalanan ke station keretapi terdekat yang menghubungkan anda dengan Fremantle. Sangat mudah dan dekat!
Apa lagi, jika anda mahu ke Perth, inilah homestay yang perlu anda tempah, dan anda boleh berbuat demikian melalui aplikasi Mobile Muslim kami dengan harga AUD 75 dimana untuk kapasit bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak didalam satu bilik.
Apa lagi, tempah lah Homestay Perth Umi ini sekarang di sini.
Juga Baca: 5 Budget Muslim Homestay Ini Yang Perlu Anda Ketahui
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – For Greater Ummah.