Justice For Kucing Dobi: Minta Pihak Berkuasa Jalankan Hukuman Setimpal

Artikel Justice Kucing Dobi ini ditulis khas sebagai salah satu usaha untuk menyuarakan ketidak-adilan yang berlaku kepada haiwan yang malang dan tidak bersalah itu.

Semalam kecoh di Social Media apabila rakaman video CCTV yang menunjukkan dua orang yang dipercayai warga tempatan telah memasukkan seekor kucing betina yang sedang bunting kedalam mesin pengering baju (dryer) dan menghidupkan mesin tersebut dengan bertujuan untuk menyeksa haiwan malang tersebut.

Seperti yang dapat dilihat di dalam video yang telah viral di social media, kelihatan dua lelaki tersebut sengaja mengangkat kucing tersebut yang tengah berehat dan dimasukkan ke dalam dryer tanpa rasa bersalah langsung.

Pada mulanya pasti ramai yang menganggap itu adalah gurauan. Tetapi ternyata ia bukanlah satu gurauan tetapi realiti yang kejam dimana kedua lelaki tersebut seterusnya memasukkan duit ke dalam dryer tersebut untuk menghidupkan mesin itu.

Rata-rata netizens menyuarakan rasa tidak puasa hati dengan perbuatan dua lelaki tersebut. Antaranya adalah Hamdan Karipuley yang dilihat sebagai pencinta kucing kerana hampir kesemua video di social media beliau adalah mengenai kucing.

Kami sedih. Semua pecinta kucing sedih. Kami harap hukuman yang berat dikenakan terhadap pelaku.*Sesiapa nak guna…

Posted by Hamdan Karipuley on Wednesday, 12 September 2018

 

Hamdan juga menyuarakan supaya hukuman yang berat dijatuhkan terhadap pelaku yang tidak berhati perut tesebut diatas seksa yang dilakukan kepada kucing betina yang tengah bunting itu.

Di harap juga lebih ramai yang peka terhadap persekitaran sekeliling. Haiwan juga adalah ciptaan Tuhan yang Maha Esa dan seharusnya kita sebagai manusia melayani haiwan yang diciptakan dengan penuh kasih sayang dan hormat.

Haiwan juga mempunyai perasaan dan seharusnya menghormati mereka sebagai tanda kita menghormati Tuhan yang Maha Kuasa. Bukan sahaja kucing, tetapi termasuklah haiwan-haiwan lain yang memerlukan kasih sayang dari manusia.

Sebagai Muslim juga, kita harus percaya bahawa melayani haiwan dengan penuh hormat dan rasa sayang akan mendapat balasan di akhirat kelak inshaAllah, tidak kira haiwan apa termasuklah kucing, anjing dan lain-lain lagi.

Semoga lebih banyak pihak yang tampil untuk memperjuangkan hak haiwan dan supaya hukuman yang setimpal dikenakan ke atas ‘penjenayah kucing dobi’ ini.

Jika mereka minta maaf dan menyesali diatas perbuatan mereka, diharap kita juga dapat memaafkan mereka. Tetapi tidak bermakna kita terus diam memperjuangkan hak haiwan yang diamanahkan oleh Tuhan untuk menjaga dan menghormati mereka.

Semoga artikel ‘Justice Kucing Dobi’ ini sedikit sebanyak memberi anda berita semasa tentang apa yang berlaku kerana haiwan juga memerlukan keadilan.

*Image Credit: Hamdan Karipuley FB

**Kudos to everyone who is fighting for animal rights! Ya’ll are the real unsung heroes!

 

 

Pakej Kenduri Doa Selamat 2018: Pakej Katering Diyakini Serta Halal Toyyiban

 


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

justice kucing dobi

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

 

Leave a Comment