Untuk jayakan sesuatu kenduri seperti majlis kenduri Aqiqah, persiapan dan perancangan yang betul adalah penting untuk kenduri tersebut berjalan dengan lancar. Terutama sekali bagi kenduri seperti Aqiqah, doa selamat dan lain-lain lagi.
Majlis kenduri Aqiqah, atau lebih mesra dengan nama kenduri cukul jambul selalunya dibuat ketika bayi berusia seawal 7 hari dan ke atas. Parents selalunya adalah insan yang paling gembira dan excited nak lakukan majlis ini dengan jayanya.
Tetapi bukanlah bermaksud kenduri ini seharusnya dilakukan secara besar-besaran yang akan mengakibatkan pembaziran. Bersederhana kan lebih baik.
Jom kita tengok 5 tips persediaan untuk majlis kenduri Aqiqah yang sederhana.
1) Jangan Ikut Trend Semasa
Untuk melakukan majlis kenduri Aqiqah adalah harus dan hampir kepada wajib bagi yang berkemampuan. Tetapi di Malaysia, makin menjadi pula majlis kenduri Aqiqah dilakukan atas dasar trend semata, bukan ibadah.
Secara tak langsung bukan sahaja pembaziran duit akan berlaku, juga pembaziran makanan kerana mahu ikutkan trend. Mari kita hentikan budaya banding-membanding dan kurangkan untuk post di social media kerana amalan ini adalah untuk Allah S.W.T, bukan untuk tayangan kepada semua.
2) Laksanakan Mengikut Kemampuan
Jika keluarga anda mampu untuk melaksanakan majlis kenduri Aqiqah mengikut bahagian yang di syaratkan seperti di dalam Islam, maka anda harus menunaikan ia.
Tetapi jika anda tidak berkemampuan untuk mengorbankan walaupun satu bahagian kambing atau lembu, ikut lah sebagaimana yang anda mampu, dan laksanakan selebihnya bila anda berkemampuan nanti. Jangan tunaikan kerana malu tidak mencukupi, tetapi laksanakan mengikut niat anda. InshaAllah pertolongan dari-Nya akan datang.
Juga Baca: Pakej Kenduri Doa Selamat 2018: Pakej Katering Diyakini Serta Halal Toyyiban
3) Tidak Perlu Perhiasan Yang Terlalu Grand
Kebanyakkan yang kita boleh lihat terutama di kawasan bandar, parents terlalu excited sampai nak decorate kan satu rumah tu seperti majlis perkahwinan. Bukan tidak boleh, tetapi majlis kenduri Aqiqah ini bukanlah dilakukan untuk menunjuk, tetapi majlis yang sangat dituntut dalam agama sebagai ibadah.
Dan bagi ramai orang juga, yang mahu adapt dan hendak lakukan decoration secara grand, dan ini akan membuatkan perasaan iri hati dan stress sekiranya tidak mampu untuk berbuat sedemikian. Cukuplah sekadar sederhana sahaja di dalam hiasan.
4) Mengajak Keluarga, Sahabat Dan Jiran Terdekat
Bukan untuk mengalakkan anda untuk mengajak tetamu yang sikit, tetapi untuk melakukan majlis kenduri Aqiqah yang sederhana, elok kita untuk mengajak para tetamu yang terdekat seperti keluarga, sahabat dan jiran tetangga.
Bukan sebab apa, jika kita mengajak ramai orang dan ramai juga yang tidak dapat hadir, dan makan sudah ditempah, kebanyakkan kes begini selalunya akan mengakibatkan kepada pembaziran makanan, serta duit. Lebih elok kita bersederhana didalam majlis sebegini.
5) Gabungkan Majlis
Apa yang dimaksudkan dengan gabungkan majlis ialah, jika anda plan untuk lakukan majlis Aqiqah di bulan Syawal, mungkin anda boleh lakukan sekali dengan majlis open house. Kan boleh jimat dengan cara begini, tidak perlu dua majlis yang berasingan.
Dan jika anda lakukan majlis kenduri Aqiqah selain daripada bulan Syawal, anda boleh lakukan sekali dengan kenduri Doa Selamat, ataupun Tahlil. Bukan sahaja keluarga dan sahabat terdekat boleh berkumpul lama, ini juga akan merapatkan lagi silaturrahim antara anda semua.
Bagi anda yang mencari pakej untuk majlis kenduri Aqiqah, Mobile Muslim ada menyediakan servis ini dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej katering aqiqah dan doa selamat yang ditawarkan oleh Mobile Muslim, anda boleh klik link ini ataupun WhatsApp kami di +6 012 – 510 5010 atau klik link WhatsApp ini untuk terus message kami.
Pakej Kenduri Doa Selamat 2018: Pakej Katering Diyakini Serta Halal Toyyiban
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.