Assalamualaikum warga-warga KL dan Selangor sekalian. Mobile Muslim ingin memberikan anda servis mencuci rumah KL dan Selangor dengan harga yang berpatutan serta mampu ‘dimiliki’ oleh semua.
Harga yang kami tawarkan di Mobile Muslim adalah flat price with no hidden fee. Maksudnya, harga apa yang kami beritahu anda, harga itulah yang anda bayar. Dengan serendah *RM25/sejam, penyedia perkhidmatan kami yang berdaftar akan berikan servis mencuci dengan penuh dedikasi dan semangat.
Dengan harga RM25/sejam juga, segala peralatan mencuci serta bahan mencuci akan kami sediakan, termasuklah vacuum cleaner.
Bagaimana Untuk Menempah Servis Mencuci Rumah KL Ini?
Senang aja! Hanya pergi ke website Mobile Muslim ini untuk mula menempah. Jika anda mempunyai message tambahan lain, anda boleh beritahu kami di ruang yang disediakan.
Selepas anda sudah hantar tempahan, hanya tunggu maklumbalas dari kami dalam masa **24 jam.
Area Mana Yang Mobile Muslim Cover?
Untuk makluman semua, Mobile Muslim bukan sahaja menyediakan servis mencuci rumah KL, tetapi juga kawasan-kawasan sekitarnya seperti Selayang, Shah Alam, Bangi, Sepang, Damansara, PJ dan lain-lain lagi.
Dan untuk makluman semua juga, untuk area seperti Sepang akan ada caj tambahan bagi transport sebanyak RM20. Ini akan dimaklumkan kepada anda ketika anda membuat tempahan nanti.
Servis Mencuci Rumah Di Selayang: Jangan Risau, Baju Dan Kain Anda Kami Lipat
Apa Kelebihan Menempah Dengan Mobile Muslim?
Percaya atau tidak, yang menentukan baik atau buruk nya servis di platform Mobile Muslim ini adalah anda semua. Kami percaya bahawa setiap pelanggan berhak diberi servis yang terbaik jadi kuasa untuk memberi rating & review terletak sepenuhnya di tangan anda.
Selepas habis sesi mencuci, anda boleh memberi rating & review untuk servis yang diberikan kepada anda. Dengan cara ini, akan membantu pihak Mobile Muslim untuk monitor serta menangani sebarang masalah ataupun perkara yang tidak diingini.
Antara kelebihan lain menempah dengan Mobile Muslim juga adalah kami memberi anda jaminan bahawa anda hanya bayar berapa yang kami beritahu anda. Tiada hidden charge sama sekali.
Untuk tempahan servis mencuci rumah KL dan servis mencuci rumah Selangor, anda boleh terus menempah di website Mobile Muslim ataupun WhatsApp kami di nombor +6012-510 5010 atau klik link ini untuk terus mesej kami.
*RM25/sejam dengan minimum 4 jam.
**Waktu maklumbalas mungkin berlainan pada hari minggu dan pada hari Cuti Umum.
Servis Mencuci Rumah Di Bangi: Servis Mencuci Serendah RM25/Jam
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.