7 Tips Kulit Muka Halus Dan ‘Glowing’ Untuk Suri Rumah Bekerja

Walaupun anda sibuk bekerja untuk seharian, kulit muka anda tidak harus dilupakan dan dibiarkan begitu saja. Untuk tips kulit muka halus dan ‘glowing’, penjagaan kulit muka bukanlah sesusah yang disangka-sangkakan, cuma ia perlukan motivasi dan displin sahaja.

Suri rumah yang bekerja sememangnya mempunyai routine harian yang busy sepanjang hari. Dari buat breakfast untuk keluarga hingga la hantar anak ke tadika atau sekolah (terima kasih para kaum ibu sekalian yang berbakti untuk keluarga).

Jom kita baca 7 tips kulit muka halus dan glow-glow untuk anda semua yang sibuk bekerja tu.

1) Guna ‘Cleanser’ Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

Untuk tips kulit muka halus dan lembut, pemilihan cleanser yang betul dan sesuai untuk kulit muka anda sangat penting di dalam routine penjagaan kulit muka anda, terutama sekali bagi ibu yang berpantang.

Penggunaan cleanser yang betul boleh membantu menjaga dan membaiki sel-sel kulit muka anda serta membantu memberikan sinar yang lebih walaupun selepas seharian bekerja.

2) Pakai Toner Setiap Kali Selepas Cuci Muka

Toner mungkin nampak tidak penting di dalam penjagaan kulit muka, tetapi toner lah yang akan membantu mengecilkan lubang-lubang pores di muka anda.

Toner juga sangat mebantu bagi anda yang mempunyai kulit berminyak dan prone to breakout or acne. Dengan memakai toner dua kali sehari, cukup untuk membantu anda untuk kulit muka yang lebih lembut dan bersinar.

Juga Baca: Makanan Orang Berpantang: 5 Makanan Ini Yang Harus Anda Elakkan Semasa Berpantang

3) Moisturize! Moisturize! Moisturize!

Selepas toner, anda jangan lupa sama sekali untuk memakai moisturizer. Moisturizer memberikan anda perlindungan dari kulit muka untuk mengelupas dan kering.

Bagi yang memiliki kulit kering, pemakaian moisturizer di dalam routine harian anda dianggap sacred ataupun bernilai kerana ia akan menjaga kulit muka anda dari kelihatan muram dan kusam!

4) Jangan Lupa Memakai Sunscreen Sebelum Keluar

Betul tu, terdedah kepada cahaya Matahari akan memberikan anda Vitamin D yang sangat bagus untuk tubuh badan kita. Tetapi kalau terdedah terlalu lama kepada cahaya tersebut, akan mendatangkan bahaya dari kebaikan.

Dengan itu, salah satu tips kulit muka halus ialah untuk tidak lupa untuk sentiasa memakai sunscreen selepas anda memakai moisturizer sebelum keluar pergi kerja. Anda akan berterima kasih kepada diri anda sepuluh tahun yang akan datang nanti.

5) Amalkan Mask Sheet Setiap Malam Sebelum Tidur

Phenomena mask sheets yang sudah lama popular di negara Korea kini sampai di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang aware dengan mask sheet dan makin ramai yang menggunakannya.

Bagi anda yang masih ragu-ragu atau tidak selalu mengamalkannya, anda boleh cuba untuk ke farmasi atau kedai yang berdekatan untuk mencari mask sheets yang sesuai dengan kulit muka anda. Anda boleh memilih pelbagai jenis samada untuk moisturize, hydration, aging dan lain-lain lagi. Cuba amalkan setiap malam untuk sebulan ni dulu. All the best!

6) Jaga Pemakanan Dengan Betul

Betul tu. Pemakanan adalah factor yang paling penting sekali dalam aspect penjagaan muka ini. Ini kerana, untuk kulit muka yang bersih dan bersinar, ia bermula dari dalaman badan kita.

Pemakanan yang lebih dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga protein yang baik akan membantu sel-sel di dalam badan kita untuk menjaga dan membaiki kulit muka kita supaya tidak berminyak, kering dan berjerawat. Dengan itu, kulit muka yang berseri dan bersinar bermula dengan pemakanan kita.

7) Minum Air Masak Yang Secukupnya Setiap Hari

Sama seperti makanan, air juga memberikan impact yang sangat tinggi untuk kulit muka yang sihat dan berseri. Air bukanlah bermaksud air-air manis yang anda suka minum tu, tetapi seeloknya air kosong dan juga bersuhu suam terutamanya diminum setiap hari selepas bangun tidur.

Juga dinasihatkan supaya meminum air mengikut kadar yang disyorkan. Minum sekurang-kurangnya 1.5 Litre setiap hari dan tidak kurang dari itu. Untuk hasil yang ‘luar biasa’, amalkan untuk sebulan dan lihatlah kesan yang tidak disangka-sangkakan.

Urut Selepas Bersalin: 6 Kebaikan Urut Selepas Bersalin Untuk Wanita


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

tips kulit muka halus

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

Leave a Comment