Urut Selepas Bersalin: 6 Kebaikan Urut Selepas Bersalin Untuk Wanita

Urut selepas bersalin sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada wanita bersalin kerana ia akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada ibu yang baru bersalin.

Selain itu, ia juga akan memberikan masa berehat yang cukup kepada wanita bersalin untuk proses pemulihan yang lancar serta teratur bagi badan dan rahim mereka untuk cepat sembuh.

6 Faedah-Faedah Urut Selepas Bersalin Adalah Seperti Berikut:

1) Meningkatkan Aliran Darah

Berurut adalah salah satu cara untuk meningkatkan aliran darah ke seluruh badan wanita bersalin berserta oksigen ke otot-otot untuk memudahkan pergerakkan tanpa rasa sakit. Selain itu, berurut juga akan membuang toksin-toksin di dalam badan jadi wanita bersalin akan merasa ringan dan segar sepanjang masa.

2)  Membuatkan Para Ibu Bersalin Berasa Tenang

Perasaan stress dan panic selalunya dirasakan oleh para ibu bersalin, terutama sekali ibu yang baru melahirkan anak pertama. Panik kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dan stress kerana sakit.

Jadi dengan berurut, ini akan membantu para-para ibu ini untuk berasa tenang dan mereka dapat release tension tersebut. 

3) Meredakan Ketegangan Otot

Otot-otot seperti di bahagian belakang, di bahagian perut dan di pinggul bekerja dengan kuat sekali ketika proses bersalin. Kesakitan akan menjadi berlarutan jika tidak melakukan urutan terutama sekali di bahagian tersebut.

Dengan berurut, ini akan melegakan serta membantu meredakan ketegangan otot dan membuatkan ibu bersalin senang untuk berehat serta menyusukan bayi mereka.

4) Pemulihan Caesarean (Czer) Yang Cepat

Urutan dengan penuh berjaga-jaga di kawasan Czer sebenarnya akan membantu mempercepatkan proses pemulihan luka tersebut. Ini kerana urutan ataupun massage di kawasan tersebut akan membantu meningkatkan bekalan darah dan membantu penyembuhan di bahagian dalaman dengan berkesan dan cepat.

5) Meningkatkan Penyusuan Susu Ibu

Berurut mempunyai kaedah tersendiri untuk merangsang tisu payu dara. Ini kerana ia dapat menolong pengeluaran oxytocin yang menyebabkan refleks ‘pelepasan susu’ yang dapat membuatkan anda mengeluarkan susu ibu walaupun semasa menjalani urutan.

6) Membuatkan Kulit Berseri-Seri

Berurut membantu meningkatkan aliran darah dan meredakan tisu di dalam badan ibu bersalin. Ini akan membuatkan kulit anda bercahaya serta boleh membantu menghilangkan stretch marks yang kelihatan ketara tersebut.

Untuk tempahan urut selepas bersalin, boleh klik di link ini.

Juga Baca: Makanan Orang Berpantang: 5 Makanan Ini Yang Harus Anda Elakkan Semasa Berpantang


Tentang Mobile Muslim

Urut Selepas Bersalin

 

Mobile Muslim adalah satu platform yang diwujudkan bagi menyenangkan para pelanggan untuk mencari penyedia perkhidmatan persendirian mahupun berdaftar dengan mudah sekali.

Antara servis yang boleh dicari di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan tunggu maklum balas dari kami dalam masa beberapa minit.

Leave a Comment