Makanan Orang Berpantang: 5 Makanan Ini Yang Harus Anda Elakkan Semasa Berpantang

Didalam pencarian pakej berpantang, antara perkara yang perlu dititik-beratkan adalah diet ataupun pelan makanan orang berpantang yang harus anda lalui.

Tidak semua makanan boleh dimakan oleh para ibu ketika berpantang. Pengambilan makan secara betul dan teratur akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan rahim disamping itu memberikan kesihatan yang optimum untuk para ibu, terutama sekali apabila sudah mula untuk menyusukan bayi.

5 Tips Makanan Orang Berpantang Seperti Di Bawah Ini:

1) Makanan Mentah Dan Tidak Cukup Masak

Makanan Orang Berpantang
Image Credit: TripAdvisor

Makanan mentah sering dikaitkan dengan kandungan bakteria yang tinggi serta akan memberi kesan yang memudaratkan, terutama sekali kepada para ibu yang didalam keadaan berpantang.

Adalah dinasihatkan supaya para ibu yang masih berpantang untuk tidak mengambil sebarang makanan mentah untuk mengelakkan bakteria serta parasit terutamanya didalam ikan yang mentah yang boleh membahayakan bayi dan juga ibu yang menyusu.

2) Minuman Berkabonat/Bergas

Makanan Orang Berpantang
Image Credit: coreadvantagehomeandlife

Minuman bergas sering kali dikaitkan dengan mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Satu tin minuman bergas mempunyai kandungan sebanyak 10 sudu teh gula dan ini sudah melebihi jumlah pengambilan gula yang disarankan untuk sehari. 

Disamping itu, minuman bergas juga turun mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Dengan itu, mengambil minuman bekarbonat semasa dalam pantang adalah perkara yang harus anda elakkan kerana kandungan gulanya serta kafein yang sangat banyak.

3) Makanan Berkolestrol Tinggi

Makanan Orang Berpantang
Image Credit: healthyhomestead.com

Makanan bergoreng dan berminyak seperti ayam goreng, telur goreng (terutama sekali telur kuning yang mempunyai kandungan kolestrol yang sangat tinggi), goreng pisang dan lain-lain lagi.

Selain itu, makanan segera dan frozen food haruslah dielakkan kerana makanan-makanan ini mempunyai kandungan nutrisi yang sangat rendah serta tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada badan anda serta bayi.

4) Makanan Yang Mengandungi Kacang/Kekacang

Makanan Orang Berpantang
Image Credit: becknerfarms.com

Sememangnya, kacang dan kekacang adalah makanan yang tidak seharusnya ada didalam masakan anda ketika didalam pantang. Ini kerana kacang mahupun kekacang memberi reaksi alahan yang tinggi kepada bayi dan ibu itu sendiri, terutama sekali jika si ibu mempunyai alahan sedia ada terhadap kacang dan sumbernya.

Antara makanan kacang mahupun sumber kekacang yang harus dielakkan termasuk lah almond, hazelnut, walnut, taugeh, tauhu, soya, kacang kuda, kacang tanah dan macam-macam lagi sumber kekacang yang mudah mendatangkan allergic.

5) Jamu Serta Herba Tradisional 

Makanan Orang Berpantang
Image Credit: pinterest.co.uk

Pemakanan jamu serta herba sering kali dikaitkan dengan sumber kepada kesihatan, terutama sekali jika makanan itu adalah makanan tradisional.

Harus diingatkan bahawa bukan semua jamu atau herba boleh diambil atau dijadikan makanan orang berpantang ketika anda berada didalam pantang. Ini kerana sesetengah daripada bahan-bahan daripada jamu dan herba mungkin tidak sesuai kepada anda dan bayi anda serta akan mendatangkan risiko dimasa akan datang.

Kesimpulannya, cara pemakanan anda memainkan peranan yang utama didalam proses penyembuhan rahim serta kesihatan anda dan bayi secara keseluruhannya. Didalam pengambilan makanan orang berpantang, adalah sangat disarankan supaya anda memakan dengan kuantiti yang sederhana serta tinggalkan makanan yang memudaratkan.

Kami di Mobile Muslim ada menyediakan perkhidmatan pencarian penyedia perkhidmatan berpantang dengan mudah. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai confinement lady atau pun ingin menempah pakej berpantang bersama kami di Mobile Muslim, anda boleh klik disini.

InshaAllah, semoga kita semua dikurniakan zuriat yang sempurna sebagai Khalifah Allah di muka bumi in. Amen.

Juga Baca: Urut Pantang Bersalin: Senangnya Nak Mencari Confinement Lady Selepas Ini Di Mobile Muslim

 


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – Memang Mudah.

Leave a Comment