Mencari tukang urut pantang bersalin ataupun confinement lady ini sememangnya memerlukan tenaga serta kesabaran yang maksimum. Ibu-ibu mengandung kebiasaannya akan mencari confinement lady seawal 6 bulan untuk menempah slot selepas hari bersalin mereka.
Ibu-ibu mengandung juga kebiasaannya akan risau tentang urut pantang bersalin ini kerana banyak perkara yang perlu difikirkan. Kebanyakan mereka merasa bimbang bukan kerana kesakitan yang bakal dihadapi mereka ketika melakukan urut pantang tersebut, tetapi terhadap ketersediaan tukang urut bersalin itu sendiri.
Dalam proses pencarian urut bersalin ataupun confinement lady ini juga mempunyai banyak cabaran dan dugaan. Diantaranya adalah dari segi servis yang diberi, credibility, serta pakej-pakej yang yang dinyatakan selaras dengan harga yang ditawarkan.
Di Mobile Muslim, kami menawarkan pakej urut pantang selepas bersalin untuk para ibu mengandung. Mengapa anda perlu memilih dengan kami? Kami akan memudahkan pencarian anda dengan memberikan anda sebut harga didalam tempoh 24 jam selepas anda menempah dengan kami.
Bagaimana Untuk Menempah Confinement Lady Di Mobile Muslim?
1) Pergi Ke Website Mobile Muslim Dan Isi Borang Tempahan
Untuk memulakan tempahan, anda boleh klik di link ini. Seterusnya, anda boleh isi kan butiran-butiran peribada anda seperti nama penuh, nombor telefon dan juga email.
Selepas itu, anda harus memasukkan tarikh jangkaan bersalin, lokasi berpantang serta pakej pilihan anda. Selepas menerima tempahan, kami akan memberi sebut harga kepada anda dalam masa 24 jam.
2) Pilih Pakej Urut Pantang Bersalin @ Confinement Lady Yang Sesuai Dengan Bajet Anda
Selepas kami memberikan sebut harga kepada anda, anda boleh memilih serta membandingkan dahulu pakej-pakej serta list confinement lady yang telah diberi kepada anda.
Jika anda setuju, anda boleh maklumkan terus kepada Mobile Muslim menerusi panggilan telefon, WhatsApp, mahupun email. Jikalau anda memerlukan pilihan pakej yang lain, hanya maklumkan sahaja kepada kami dan kami akan memberikan list sebut harga yang baharu.
Juga Baca: Tafsir Al-Quran Dan Hadis: Kenapa Kita Perlu Mempelajarinya
3) Tetapkan Tarikh & Bayar Deposit

Selepas anda bersetuju dengan confinement lady yang diberi, anda boleh menetapkan tarikh yang sesuai. Selepas penetapan tarikh, confinement lady akan memaklumkan Mobile Muslim akan ketersediaan mereka di atas tarikh yang sudah ditetapkan oleh anda.
Dan kebiasaannya, apabila kedua-dua pihak sudah bersetuju, anda boleh membuat terus bayaran deposit dan selepas itu anda hanya tunggu sehingga tarikh tetapan yang sudah dibuat untuk memulakan proses urut pantang bersalin tersebut.
4) Follow-Up Dari Pihak Mobile Muslim

Kami akan mengadakan follow-up melalui call dan WhatsApp sebulan sebelum tarikh jangkaan bersalin anda untuk mengingatkan anda mengenai tempahan urut pantang bersalin yang telah dibuat.
Jika tarikh anda tidak sampai sebulan dari tarikh yang ditempah, kami akan membuat follow-up call dalam tempoh beberapa hari sebelum tarikh yang sudah ditempah.
5) Rate Atau Review Servis Urut Pantang Bersalin Anda

Di Mobile Muslim, kami menyediakan khidmat Rate & Review, dimana anda boleh memberikan review jujur terhadap servis serta confinement lady yang telah mengurut anda.
Dengan cara ini secara tidak langsung akan menolong para-para ibu mengandung yang lain untuk memilih servis ataupun confinement lady yang bersesuaian dengan pakej atapun bajet yang dihajati oleh mereka.
Selain itu, kami juga berharap dengan cara ini akan membantu para confinement lady di Mobile Muslim untuk memberikan servis mereka yang jujur, terbaik dan bersungguh-sungguh untuk anda semua.
Sehubungan dengan itu, anda boleh lah mula menempah urut pantang selepas bersalin disini oleh confinement lady yang bertauliah serta berpengalaman di Mobile Muslim.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai urut pantang bersalin, pakej urut bersalin dan juga confinement lady, anda boleh hubungi kami di sini atau WhatsApp kami di sini. Kami akan memberi maklum balas dengan secepat mungkin, inshaAllah.
Juga Baca: Hafazan Al-Quran Dengan Menggunakan Teknik Holistik
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – Memang Mudah.