Search The Query
Search
Tafsir Al-Quran Dan Hadis: Kenapa Kita Perlu Mempelajarinya

Tafsir Al-Quran Dan Hadis: Kenapa Kita Perlu Mempelajarinya

Tafsir Al-Quran

Dalam mengenali Al-Quran, mempelajari tafsir Al-Quran itu sendiri merupakan satu pembelajaran yang sangat dituntut didalam Islam. Ini kerana dengan mempelajari tafsir, ia akan menguatkan lagi pemahaman kita bagi setiap maksud ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

Al-Quran juga diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sebagai manual ataupun panduan hidup bagi setiap umat Baginda. Jadi amatlah berharga apabila kita dapat mengetahui setiap maksud ayat-ayat yang diturunkan oleh-Nya kepada kita semua.

Fadhilat Mempelajari Tafsir Al-Quran

Antara fadhilat mempelajari tafsir Al-Quran adalah supaya kita dapat menjiwai setiap makna ayat serta Surah yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran itu.

Allah S.W.T juga menggunakan bahasa Arab yang tinggi serta tepat untuk menggambarkan sesuatu perkara atau kejadian dan oleh sebab itu maksud yang tepat sebenar mungkin tidak dapat dihayati sepenuhnya oleh sesiapa yang tidak mempunyai pengetahuan didalam Bahasa Arab itu sendiri.

Selain itu, sesetengah ayat didalam Al-Quran juga mempunyai pelbagai maksud, jadi dengan mempelajari tafsir Al-Quran itu sendiri akan menolong kita supaya lebih memahami penggunaan untuk setiap ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T dengan lebih tepat.

Juga Baca: Kelas Mengaji Al-Quran di Rumah Sendiri (Bertajwid)

Dalam mempelajari tafsir Al-Quran, pembelajaran bersama dengan hadis juga dengan secara tidak langsungnya dapat menghidupkan sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan mempelajari hadis juga akan membuatkan kita lebih dekat dan mengenali Nabi Muhammad dengan lebih mendalam kerana nasihat serta prophetic speech nya lebih senang difahami oleh kita semua.

Ini lah juga kenapa pembelajaran tafsir Al-Quran berserta hadis adalah sangat-sangat dituntut didalam Islam itu sendiri. Untuk memudahkan kita memahami serta menghayati dengan lebih mendalam maksud tersurat serta tersirat yang terkandung didalam Al-Quran Nul Karim.

Sempena dengan itu, MPOWER7 agensi akan mengadakan kelas Tafsir Al-Quran dan Hadis bermula April 2018 ini pada setiap Jumaat pagi. Jikalau anda berminat untuk menyertainya, anda boleh klik link di sini. Kelas adalah terhad kepada 30 peserta.

Tafsir Al-Quran

Juga Baca: Hafazan Al-Quran Dengan Menggunakan Teknik Holistik


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – Memang Mudah.

Must Try Recipes

1 Comments Text
  • belajar tafsir alquran di tafsir-albarru.com says:
    Your comment is awaiting moderation. This is a preview; your comment will be visible after it has been approved.
    I was wondering if you ever considered changing the structure of your website? Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or 2 pictures. Maybe you could space it out better?
  • Leave a Reply

    Image

    Tentang

    Image Not Found

    Mobile Muslim

    Sumber inspirasi gaya hidup Muslim moden yang progresif, berintegriti, dan berlandaskan nilai-nilai toyyiban

    Dessert Recipes

    Recipe collections