Hafazan Al-Quran Dengan Menggunakan Teknik Holistik

Pernahkah anda belajar hafazan Al-Quran dengan menggunakan teknik holistik sebelum ini? Teknik holistik ini membolehkan anda mempelajari Al-Quran bukan sahaja dengan cara menghafal, malahan dengan penghayatan serta menjiwai setiap baris kata dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang sistematik.

Apakah Itu i-HAFAZAN?

i-HAFAZAN merupakan satu initiatif dari i-Master untuk membantu orang ramai untuk mempelajari hafazan Al-Quran dengan menggunakan teknik-teknik “Multiple Intelligence” yang merangkumi visual-spatial, bodily-kinesthetic dan linguistic.

Tujuan pendedahan kepada teknik-teknik diatas adalah bertujuan untuk mengenali pemahaman potensi diri dengan menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan juga kanan.

Dengan penggunaan sepenuhnya kedua-dua belah otak kiri dan kanan di dalam pembelajaran hafazan Al-Quran juga adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi stimulasi otak yang berterusan serta mengekalkan memori yang lebih kuat.

Juga Baca: Kelas Mengaji Al-Quran di Rumah Sendiri (Bertajwid)

Seperti yang kita tahu, membaca Al-Quran adalah suatu yang sangat dituntut di dalam Islam, terutama sekali membaca dengan bertajwid betul dan memahami serta menghayati isi kandungannya.

Antara fadhilat membaca al-Quran juga termasuklah sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T dan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran dan merasakan susah untuk menyebutnya juga mendapat dua pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Bayangkan jika kita mendapat membacanya dengan betul serta bertajwid malah berserta dengan hafazan Al-Quran pula, inshaAllah diri kita akan sentiasa dilindungi oleh-Nya di dalam apa keadaan sekali pun.

Jikalau anda berminat untuk menyertai i-HAFAZAN, jadual masa, kategori serta tarikh program adalah seperti dibawah ini:

KUMPULAN HAFAZAN AL-QURAN:

Kumpulan A: 9 – 12 tahun.

Kumpulan B: 13 – 17 tahun.

MASA & LOKASI:

Kumpulan Program A: 17 – 19 Mac 2018

Kumpulan Program B: 20 – 22 Mac 2018

Masa: 8:30 a.m – 1230 p.m.

Lokasi: Surau Pusat An-Nur Country Heights, Kajang

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh klik di link ini.

hafazan al-quran

Juga Baca: 5 Buku Motivasi Diri Yang Perlu Anda Miliki Sekarang

 


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – Memang Mudah.

Leave a Comment