Isu ayam rendang crispy masih lagi menjadi bualan orang ramai dan kami juga merasakan disebabkan isu ni jugalah rakyat Malaysia bersetuju dengan point yang rendang ayam has never been crispy and will never be!
Okay topic sebenar harini ialah mengenai makanan berpantang selepas bersalin sebenarnya, hehe. Haritu ada orang menanyakan kepada kami boleh ke wanita yang tengah berpantang ni makan lauk rendang ayam (crispy, acah aja).
Makanan Berpantang Selepas Bersalin: Boleh ke?

Sebenarnya, kepada wanita yang dalam berpantang, elok lah untuk elakkan memakan makanan-makanan yang memudaratkan seperti air gas, makanan kekacang, makanan mentah dan lain-lain lagi.
Seeloknya, makanan yang mengandungi kandungan dairies dan cholesterol yang tinggi juga elok lah ditinggalkan at least untuk 7 hari ataupun seminggu yang pertama.
Bagi rendang ayam pula, ia boleh diambil dalam kuantiti yang disyorkan sebagai lauk ketika sedang berpantang, tetapi kalau boleh elakkan untuk memakan sekali kulit serta kuahnya.
Selain itu, elakkan juga memakan rendang ayam jika rendang tersebut pedas untuk mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dingini.
Tapi jika anda hendak juga makan rendang ayam anda tersebut, pastikan ayam tersebut digoreng dengan baik supaya kulitnya juga menjadi crispy ( sebagai hiburan bagi wanita yang berpantang tetapi masih menginginkan rendang).
Kesimpulannya, berpantang bukan lah bermaksud anda tidak boleh makan apa-apa pun (seperti diet). Ia adalah cara untuk mengajar anda untuk mengawal cara pemakanan serta menggalakkan anda untuk mengambil makanan yang sihat serta mempunyai khasiat yang tinggi sahaja untuk kesihatan yang optimum.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai makanan berpantang selepas bersalin ataupun masih lagi tercari-cari pakej urut pantang selepas bersalin, anda bolehlah klik link disini untuk pertanyaan serta tempahan.
PS: Kami ingin mengucapkan setinggi tahniah untuk Puan Zaleha Kadir kerana berjaya menjadi peserta didalam rancangan MasterChef UK disamping mempertahankan makanan kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Rendang Ayam Non-Crispy.
Juga Baca: Urut Pantang Bersalin: Senangnya Nak Mencari Confinement Lady Selepas Ini Di Mobile Muslim
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – Memang Mudah.