Penyedia Perkhidmatan Katering Kini Boleh Gunakan Mobile Muslim Untuk Mencari Pelanggan

Kebiasaannya, apabila menjelang musim puasa dan perayaan, banyak majlis berbuka serta bertandang ke rumah akan diadakan untuk menyambut bulan mulia Ramadan serta Syawal ini dan rata-rata penyedia perkhidmatan akan mula mencari pelanggan untuk menawarkan servis mereka.

Dan Alhamdulillah kebiasaannya juga, pemilik perniagaan katering akan menjadi sibuk untuk melayan permintaan pelanggan mereka dan juga akan mencuba sepuas hati untuk melaksanakan permintaan para pelanggan.

Tetapi ada juga sesetengah pemilik katering tidak dapat memanfaatkan peluang untuk meningkatkan jualan kerana tidak dapat mencari pelanggan dengan mudah. Dan kami di Mobile Muslim ingin membantu anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mencari Pelanggan Untuk Servis Katering

Lumrahnya didunia ini, ramai orang yang menginginkan harga yang berpatutan lagi murah. Di tambah pula dengan ekonomi yang tidak menentu ini, setiap pemilik perniagaan pastinya sentiasa dilanda dilemma apabila hendak membuat jualan runtuh mahupun sales/discount.

Berdasarkan pemerhatian dan juga research yang dibuat oleh kami, kebanyakkan pemilik katering yang menawarkan harga yang berpatutan, terutama sekali bagi pakej katering kahwin, aqiqah, berbuka puasa (tahlil) dan juga raya (open house) akan sentiasa mendapat repeat customer oleh pelanggan yang sama.

Selain daripada harga, servis yang ditawarkan juga menjadi suatu cornerstone ataupun kualiti bagi setiap pemilik perniagaan katering yang dipandang tinggi oleh pelanggan.

Kami Beri Anda RM200 Kredit Percuma

Kami di Mobile Muslim faham akan situasi yang dilanda oleh pemilik-pemilik perniagaan katering seperti diatas. Mencari pelanggan bukanlah perkara yang mudah, tetapi ia juga bukanlah perkara yang mustahil.

Faktor rezeki dan ketentuan juga harus diredhai. Jadi kami di Mobile Muslim sangat berbesar hati untuk menolong anda untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah disamping meringankan beban anda (inshaAllah dengan izin-Nya).

Dengan menyertai platform Mobile Muslim, kami akan memberikan anda kredit percuma sebanyak RM200 kepada penyedia perkhidmatan yang terawal.

Kredit ini boleh dipakai sebaik sahaja anda mendapat permintaan daripada pelanggan dan kredit akan ditolak hanya apabila pelanggan bersetuju menggunakan khidmat katering.

Jikalau anda adalah pemilik perniagaan katering dan anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh klik link ini untuk berdaftar dengan Mobile Muslim.

Juga Baca: Urut Pantang Bersalin: Senangnya Nak Mencari Confinement Lady Selepas Ini Di Mobile Muslim

 


Tentang Mobile Muslim

Makanan Berpantang Selepas Bersalin

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – Memang Mudah.

Leave a Comment