Mesti ada yang pelik dengan tajuk artikel kami pada kali ini. Tidak kurang juga ada yang berminat untuk mengetahui apa dia permintaan ‘pelik’ kebanyakan pelanggan apabila mereka memesan servis mencuci rumah.
Daripada perspektif pelanggan, mungkin mereka merasakan bahawa permintaan-permintaan dibawah ini adalah normal dan seharusnya dilakukan oleh penyedia perkhidmatan servis dengan hati yang terbuka.
Tetapi bagi perspektif penyedia perkhidmatan servis itu sendiri, permintaan-permintaan tersebut mungkin sangat pelik dan tidak patut ditanya kerana tiada dalam skop kerja mereka.
Jika dah curious dengan apa yang kami cuba sampaikan, jom kita baca kat bawah ni apa dia permintaan-permintaan yang pelik sangat tu.
1. Memasak untuk seisi keluarga
Ini adalah salah satu permintaan pelik yang selalu sangat ditanyakan oleh pelanggan apabila mereka hendak memesan khidmat servis cuci rumah ini.
Mereka mungkin merasakan yang memasak ni adalah salah satu skop kerja yang harus dilakukan oleh pemberi khidmat cuci rumah ini.
Tetapi bila difikirkan balik, permintaan ini sebenarnya tidak haruslah ditanya kerana servis cuci rumah seharusnya fokus hanya untuk membersih dan mencuci rumah yang hendak dibersihkan itu.
2. Menggosok dan melipat kain baju
Ini juga salah satu lagi permintaan yang selalu ditanya oleh pelanggan. Kebiasaannya, pencuci rumah yang tidak berdaftar selalu menjadi mangsa dengan pujuk rayu pelanggan untuk melakukan aktiviti ini.
Seeloknya, jika pelanggan memerlukan khidmat menggosok dan melipat kain baju, mereka boleh hubungi penyedia perkhidmatan yang menyediakan servis-servis ini.
Juga Baca: Spring Cleaning: 7 Must-Read Tips To Spring Clean Your Messy House And It Starts Today
3. Mencuci bekas kotoran haiwan peliharaan
“Tolong cucikan bekas pasir kucing saya tu ya.” Itu lah antara ayat-ayat yang selalu penyedia servis mencuci rumah terima apabila berjumpa dengan pelanggan yang mempunyai haiwan peliharaan dirumah.
Nak minta tolong boleh, tapi kalau penyedia servis tersebut meminta extra fee untuk mencuci bekas kotoran haiwan peliharaan pelanggan, turutilah permintaan mereka itu kerana servis ini selalunya tidak termasuk didalam pakej cuci rumah yang sedia ada.
Ps: Bukan senang tau nak cuci bekas kotoran haiwan, orang berjiwa kental je boleh lakukan. Jadi, jika pelanggan mempunyai haiwan peliharaan dirumah, seeloknya maklumkan kepada penyedia servis tersebut terlebih dahulu.
4. Menjaga ibu bapa yang uzur/anak-anak dirumah
Dan yang terakhir ini juga turut menjadi permintaan yang selalu ditanya oleh para pelanggan. Kebiasaannya, pelanggan yang menanyakan ini mahukan servis untuk babysit ibu bapa mereka mahupun anak-anak mereka secara harian mahupun mingguan.
Dan kebiasaannya juga bagi penyedia khidmat servis mencuci rumah, skop babysitting ini berada diluar liputan skop kerja mereka. Jadi dengan itu diharap pelanggan akan lebih aware dengan permintaan mereka kerana apa yang kami tulis ini sebenarnya datang dari pengalaman penyedia perkhidmatan servis mencuci rumah sendiri.
Jika anda adalah seorang penyedia perkhidmatan servis mencuci rumah secara persendirian mahupun berdaftar, pasti anda pernah mendengar permintaan-permintaan daripada pelanggan seperti diatas ini.
Dan jika anda juga merasakan susah untuk mencari pelanggan dikawasan anda, kami di Mobile Muslim sedia untuk membantu anda dengan memberikan anda senarai pelanggan yang membuat tempahan di platform kami.
Percuma Kredit RM200 Untuk Penyedia Perkhidmatan Servis Mencuci Rumah
Kami juga mengadakan promosi percuma RM200 kredit untuk penyedia perkhidmatan servis mencuci rumah terawal yang mendaftar dengan kami.
Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana caranya untuk mendaftar di platform Mobile Muslim, klik link ini untuk mengisi borang dan menyertai kami sekarang!
Juga Baca: Penyedia Perkhidmatan Katering Kini Boleh Gunakan Mobile Muslim Untuk Mencari Pelanggan
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – Memang Mudah.