Kebiasaannya, para ibu-ibu mengandung akan mencari dan membuat research seawal enam bulan untuk mencari confinement lady yang sesuai. Macamana pula bagi anda sebagai confinement lady yang ingin mencari pelanggan. Bagaimanakah caranya anda mencari pelanggan-pelanggan yang potential?
Jika anda adalah seorang confinement lady, persendirian ataupun mempunyai syarikat yang berdaftar, mesti anda juga mahu tahu bagaimana caranya untuk dapatkan pelanggan dalam masa 3 hari.
Berikut adalah tips-tips yang akan kami kongsikan dengan anda bagaimana untuk dapatkan pelanggan dalam masa 3 hari.
1. Bahagikan Pakej Anda Kepada Beberapa Bahagian
Apa yang kami maksudkan dengan bahagikan pakej anda disini? Jika anda menawarkan lebih daripada dua atau tiga servis, seeloknya anda membahagikan kepada beberapa bahagian seperti contoh ‘Pakej Urut Pantang’, ‘Pakej Urut Pantang Serta Penjagaan Bayi’ ataupun ‘Pakej Urut Pantang Serta Memasak Lauk Pantang’.
Dan cukuplah dengan penerangan secara ringkas tetapi padat dengan servis yang anda tawarkan itu. Ini untuk menarik perhatian pelanggan dan untuk mengurangkan lagi bebanan mereka untuk memikirkan apa sebenarnya pakej yang anda tawarkan.
2. Sertakan Gambar Contoh Bersama Dengan Penerangan
Selain dari itu, hendak kami tekankan disini iaitu gambar memainkan peranan yang sangat tinggi ketika anda cuba untuk mempromosikan pakej urut pantang anda.
Anda tidak semestinya harus letak gambar wanita mengandung lain yang sedang menjalani aktiviti urut pantang tersebut. Tetapi anda boleh sertakan gambar contohnya produk-produk berpantang, makanan berpantang ataupun gambar yang akan mengajar terutamanya kepada para ibu-ibu mengandung anak pertama.
3. Tawarkan Discount Kepada Repeat Customer
Ini juga merupakan salah satu initiatif yang paling berkesan anda boleh lakukan, terutama sekali kepada pelanggan yang pernah menggunakan khidmat servis anda pada sebelum ini.
Bukan sahaja menawarkan discount dapat menaikkan lagi nama anda, malah jika anda bertuah pelanggan yang sama tersebut akan mempromosikan lagi servis anda secara tidak langsung. Win-win situation lah kata orang putih nya.
4. Berikan Layanan Yang Terbaik Kepada Customer
Yang terakhir sekali, adalah untuk memberikan servis dan layanan yang terbaik kepada customer anda. Harus anda tahu, banyak juga ibu-ibu yang mengandungkan anak pertama mereka mempunyai zero knowledge mengenai urut pantang, kaedah serta bagaimana ia berfungsi.
Jadi mereka mungkin akan menanyakan anda soalan-soalan yang anda rasakan malas untuk menjawab, tetapi sebenarnya itulah salah satu halangan yang anda perlu atasi untuk menjaga pelanggan-pelanggan anda.
Ps: Mungkin anda boleh serta FAQ ataupun soalan lazim bersertakan jawapan didalam page Facebook ataupun website anda supaya mereka boleh baca terlebih dahulu sebelum mengajukan sebarang soalan.
Kesimpulannya, menjadi seorang confinement lady merupakan cabaran yang sangat besar. Servis anda sangat dihargai oleh orang ramai dan anda juga dianggap berkhidmat kepada masyarakat demi membantu para ibu-ibu mengandung.
Kami di Mobile Muslim ingin mengajak anda untuk menyertai platform kami supaya anda boleh berehat dan bernafas setelah penat mengurut, dan kami akan lakukan segalanya.
Dari mencari pelanggan sehinggalah menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan kepada anda. Kami lakukan kesemuanya.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh klik link disini untuk berbuat sedemikian. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh WhatsApp terus kami di nombor berikut +6 012 – 510 5010.
Juga Baca: Penyedia Perkhidmatan Katering Kini Boleh Gunakan Mobile Muslim Untuk Mencari Pelanggan
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – Memang Mudah.