Declutter Almari: Rupa-Rupanya Ini Lah Caranya Untuk Mengemaskan Almari Korang Yang Hampir ‘Termuntah’ Itu

Korang perasan tak ada kawan-kawan korang ataupun cousin ke yang sometimes suka mengeluh pasal almari mereka yang dah sarat ‘mengandung’, tetapi masih lagi nak shopping baju ataupun seluar baru setiap kali mereka pergi ke shopping mall

Haa masa nak beli tu tak ingat pun almari kat rumah yang dah tak ada ruang untuk baju yang lain. Tapi bila dah beli, baru nak rasa menyesal. 

Apa kata kali ni korang try tips ‘Sediakan Tiga Kotak Kosong’ seperti kat bawah ni untuk declutter almari serta bilik korang tu.

1) ‘Keep My Items’

Haa, apa yang dimaksudkan dengan sediakan tiga kotak kosong ni? Bila korang nak mulakan proses decluttering, korang boleh sediakan tiga kotak kosong dan jom kita start dengan kotak yang pertama dulu

Mana-mana baju yang korang rasa nak simpan dan baju-baju yang korang rasa bawa value kepada korang, korang letak dalam ‘Keep My Items’. Baju-baju dalam kotak ni lah yang korang akan pakai selagi mana baju tersebut masih elok.

2) ‘1-Month Notice’

Untuk kotak ‘1-Month Notice’, korang letakkan baju yang korang jarang pakai tetapi masih rasa sayang untuk buang. Kumpulkan kesemua baju yang korang jarang pakai tersebut dan letakkan kat dalam kotak ini.

Selepas sebulan, korang tengok ada tak mana-mana baju dalam kotak ni yang korang ada ambil bawa keluar untuk pakai selama jangka masa tersebut. Kalau ada dan lebih dari lima kali, anda transferkan baju tersebut ke kotak ‘Keep My Items’ tadi. Haa kalau takda, jom kita baca pasal kotak yang ketiga.

Juga Baca: Makanan Berpantang Selepas Bersalin: Boleh Ke Makan Rendang Ayam Crispy Semasa Berpantang

3) ‘Donate/Sell’

Okay sama juga macam kat atas. Cuma bagi kotak ketiga ‘Donate/Sell’ ini, mana-mana baju yang ada dalam kotak ‘1-Month Notice’ tu tadi yang anda langsung tidak sentuh, lihat dan pakai (over nya), bermaksud harus dipindahkan ke kotak yang ketiga ini.

Ini bermaksud yang baju-baju berada di kotak ini adalah baju yang jarang untuk pakai. Dan kalau macamtu, lebih baik kalau korang jual ataupun sedekahkan aja kepada yang lebih memerlukan. Ini secara tidak langaung akan mengajar anda cara untuk hidup “below your means” dan akan menerapkan value bahawa “less is more“.

Bila Korang Declutter Almari Korang, Secara Tidak Langsung Korang Juga Declutter Hidup Korang

Kita semua ni mempunyai satu perangai yang dipanggil instant gratification. Bila sedih, kita shopping. Bila lapar, kita shopping. Bila marah pun, kita keluarshopping. Kita rasakan kita akan lega dan gembira bila dapat instant gratification ini.

Sebenarnya, bukan saja kita membazir duit untuk beli barang yang kita tak perlukan, malah kita juga beli barang yang kita sebenarnya dah ada kat rumah dan barang-barang yang sedia ada dirumah tersebut juga mungkin juga hasil daripada kehendak instant gratification tersebut.

Alang-alang korang nak declutter almari korang tu, apa kata kemas satu rumah sekali. Kalau rasa takda masa untuk kemas satu rumah, korang boleh klik link di sini untuk buat tempahan cleaning service. Cepat dan mudah.

Juga Baca: Penyedia Perkhidmatan Katering Kini Boleh Gunakan Mobile Muslim Untuk Mencari Pelanggan


Tentang Mobile Muslim

declutter almari

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – Memang Mudah.

Leave a Comment