Edisi Ramadhan 2018: 5 Tips Persiapan Terakhir Menjelang Ramadhan Tahun Ini

Untuk Ramadhan 2018 kali ini, team Mobile Muslim akan menulis artikel-artikel khas ‘Edisi Ramadhan 2018’ sepanjang berlangsung nya puasa tahun ini. Kami berharap akan mendatangkan info serta manfaat yang berguna kepada anda semua.

Artikel pertama untuk ‘Edisi Ramadhan 2018: Siri 1’ ini adalah tentang tips persiapan terakhir yang boleh anda lakukan sebagai check-list untuk Ramadhan kali ini. Artikel kali ini mungkin sedikit panjang, tetapi team Mobile Muslim sangat komited untuk memberikan yang terbaik dari kami untuk anda semua.

1) Tubuhkan Rutin Baru Pada Setiap Pagi Mulai Ramadhan 2018 Ini

Ini adalah langkah pertama yang boleh anda lakukan untuk menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Untuk establish atau tubuhkan rutin baru untuk 30 hari ni, anda boleh mulakan dengan waktu pagi, iaitu ketika bersahur.

Anda boleh amalkan petua bangun pagi ini. Untuk minggu pertama, anda boleh setkan jam 30 minit sebelum waktu Fajr bermula. Contohnya, jika solat Fajr bermula pukul 6:00 a.m, anda boleh mulai bangun pada waktu 5:30 a.m. Pada minggu kedua anda boleh setkan jam iaitu 1 jam yang awal, iaitu 5:00 a.m. Kemudiannya pada minggu ketiga dan keempat pada pukul 4:30 a.m dan 4:00 a.m dan membuatkan anda senang untuk bangun Tahajjud, terutamanya di 10 hari terakhir Ramadhan kali ini.

Mengapa perlu berbuat begini? Cadangan yang diberikan adalah berperingkat. Maknanya dari minggu pertama hingga minggu keempat, anda akan meng-awalkan kan lagi masa bangun dan mengurangkan masa tidur anda. Kenapa tidak bangun pukul 4:00 sahaja pada mula-mula?

Ini bertujuan untuk menubuhkan satu ‘little but constant action‘, di mana anda cuba untuk melakukannya secara kecilan dan berperingkat tetapi berterusan. Ini lebih disukai oleh Allah S.W.T dan akan membuatkan anda lebih istiqamah dalam segala perbuatan yang anda lakukan.

Di samping itu, jika anda amalkan tips-tips ini sepanjang Ramadhan 2018, inshaAllah habit ini akan berterusan walaupun berakhirnya bulan yang mulia ini sehinggalah bulan-bulan yang akan datang.

2) Mulakan Planning Makanan Yang Sihat Untuk Iftar (Berbuka Puasa)

Mulai Ramadhan 2018 ini, marilah kita semua mulakan habit dan plan baru untuk mengambil makanan sihat, terutama sekali ketika Iftar (berbuka puasa). Pasti anda semua pun tak sabar-sabar nak ber-shopping di bazar Ramadhan nanti.

Untuk mengelakkan anda daripada membeli berlebihan makanan di bazar, apa kata anda mulakan dengan mencatat apa yang hendak anda makan serta membeli stock makanan mentah siap-siap yang boleh anda masak untuk berbuka nanti.

Bukan sahaja anda boleh menyimpan duit, malah makanan yang dimasak di rumah adalah lebih sihat serta bersih kualiti nya apabila dibuat sendiri. Bila kita makan kurang, senanglah untuk kita beribadat kemudiannya.

Juga Baca: Kelas Mengaji Al-Quran di Rumah Sendiri (Bertajwid)

3) Bahagikan Masa Dengan Lebih Baik Di Antara Waktu Bekerja Dan Waktu Beribadah

Pasti kita semua tahu, bahawa bulan Ramadhan adalah antara bulan yang sangat mulia di sisi Allah, dan pada bulan ini apa sahaja amalan baik yang kita lakukan akan digandakan pahalanya oleh Allah S.W.T.

Dengan itu, alangkah bagusnya jika kita dapat membahagikan masa kita dengan betul, untuk mengimbangkan work-relationship kita dengan Dunya serta Allah S.W.T.

Apa yang boleh anda lakukan ialah, waktu awal pagi serta malam untuk hanya untuk beribadah kepada-Nya (contoh: solat, puasa, Tahajjud, Tarawikh), manakala waktu siang hari, anda beribadah melalui bekerja (ini juga di kira sebagai ibadah kerana anda beerja untuk mencari rezeki yang Halal).

4) Menyimpan Duit Serta Berbelanja Dengan Jimat Cermat Ramadhan 2018 Kali Ini

Selari dengan tips no.2 tadi, bulan puasa juga adalah bulan di mana anda berpeluang untuk menyimpan wang dengan mudah tanpa sebarang godaan (kecuali hawa nafsu anda sendiri).

Mari kita lihat berapa banyak sebenarnya yang boleh anda menyimpan pada Ramadhan kali ini. Mari kita ambil contoh paling sedikit perbelanjaan di bazar:

RM10/sehari dibelanjakan di bazar. Ramadhan 2018 = 30 hari.

Maka: RM10 x 30 = RM300. Ini adalah contoh wang yang boleh anda simpan sekiranya anda kurangkan berbelanja di bazar ataupun hanya memasak dirumah.

Jika anda sempat/larat untuk memasak di rumah, adalah lebih digalakkan. Jika tidak, apabila anda membeli makanan di bazar, jika selalunya perbelanjaan anda RM20-RM30 untuk satu hari, cuba kurangkan RM10 daripada jumlah keseluruhannya.

Contohnya, jika sehari RM30, maka jadikan ia RM20. Lebih RM10 itu, jika anda darabkan untuk 30 hari, anda sudah dapat menyimpan sebanyak RM300. Bukan itu sahaja, anda juga boleh gunakan wang yang anda simpan ini untuk diberi kepada golongan yang lebih memerlukan seperti fakir miskin dan sebagainya.

5) Sentiasa Bermuhasabah Kan Diri Anda

Yang terkahir, apa-apa yang anda lakukan ketikan bulan Ramadhan ini, adalah untuk Allah S.W.T. Apa yang anda boleh lakukan semasa persiapan terakhir sehari sebelum Ramadhan ini adalah mengingatkan diri anda mengapa anda berpuasa dan bagaimana untuk menjadikan diri lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Anda boleh juga catatkan amalan-amalan yang hendak anda buat pada Ramadhan kali ini, seperti contoh khatam Al-Quran, pergi solat Tarawikh sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, ataupun bangun seawal 4:00 a.m untuk melaksanakan Tahajjud. InshaAllah, dengan mempunyai niat yang betul, semoga urusan anda dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Team Mobile Muslim berharap anda dapat jadikan tips-tips ini sebagai panduan, dan kami memohon maaf jika mempunyai salah dan silap di dalam penulisan kali ini.

Semoga kita sentiasa rajin mensedekahkan harta kita pada bulan yang mulia ini kerana setiap rezeki yang kita perolehi tersebut, sebahagiannya juga milik orang lain. Sentiasa lah kita beringat dan InshaAllah semoga kita semua mendapat pahala dan balasan syurga oleh-Nya.

Kami juga ingin mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga amalan kita semua diterima serta digandakan oleh-Nya pada kali ini. Amen.

PS: Jangan lupa baca niat puasa ya.

*Niat puasa sebulan:

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

*Niat puasa harian:

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

*Kredit niat puasa: infopelajar2u.com

Juga Baca: Tafsir Al-Quran Dan Hadis: Kenapa Kita Perlu Mempelajarinya


Tentang Mobile Muslim

Ramadhan 2018

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – Memang Mudah.

Leave a Comment