Sebenarnya, bulan Ramadhan ini lah waktu yang paling senang untuk kita semua mendapatkan pahala secara percuma, terutama sekali apabila ketika waktu berbuka puasa. Bukan itu sahaja, malah apa sahaja amalan mulia yang kita lakukan pada bulan yang mulia ini akan digandakan oleh Allah S.W.T, tanda kasih sayang-Nya terhadap kita semua.
Di bawah ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 tips untuk mendapatkan pahala secara mudah ketika menanti waktu berbuka puasa.
1) Berdhikir Dan Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Mungkin kita semua sudah tahu kepentingan berdhikir serta berselawat ke atas Rasullah S.A.W, tetapi mungkin lupa bahawa jika kita berbuat demikian di bulan Ramadhan, terutama sekali apabila menanti waktu berbuka, akan membuatkan hidup kita lebih diberkati serta disayangi oleh-Nya.
Bukan sahaja itu, pahala juga datang dengan berduyun-duyun kerana kita sanggup mengorbankan masa dari buat kerja lain yang sudah biasa kita lakukan pada hari-hari biasa yang lain seperti mendengar lagu, tengok T.V, bermain dengan smartphone dan lain-lain lagi.
2) Membaca Al-Quran Serta Berusaha Untuk Memahami Maknanya
Membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan ini adalah sangat-sangat disanjungi oleh-Nya. Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Al-Quran, jadi dengan itu barang sesiapa yang membacanya serta menghayati makna ayat-ayat yang terkandung didalam nya akan memporelehi pahala yang berganda-ganda.
Lebih bagus lagi jika anda sekeluarga berkesempatan mengaji Al-Quran (secara Bertajwid) di rumah bersama-sama apabila menunggu waktu berbuka puasa, sesudah selesai menyediakan makanan untuk berbuka itu.
3) Mendengar Al-Quran Atau Ceramah Agama
Jika anda mengatakan yang anda tidak sempat untuk membaca Quran, mungkin kerana anda berada di dalam keadaan uzur, atau anda berada di dalam LRT/MRT untuk pulang ke rumah, anda masih boleh untuk mendengar Al-Quran menggunakan smartphone anda yang awesome tu.
Anda boleh pilih surah favourite anda, ataupun jika anda mahukan input-input mengenai agama, anda boleh mendengar podcast ataupun ceramah-ceramah agama luar dan dalam negara yang boleh didapati dengan banyak sekali di YouTube.
Juga Baca: Tafsir Al-Quran Dan Hadis: Kenapa Kita Perlu Mempelajarinya
4) Berdoa Menjelang Waktu Untuk Berbuka Puasa
Antara doa yang tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba Nya yang soleh adalah ketika menjelang waktu berbuka puasa, kerana ini adalah doa yang akan dimakbulkan oleh-Nya, biarpun cepat atau lambat.
Jadi dengan itu, marilah kita selalu berdoa kepada Allah S.W.T ketika azan Maghrib makin hampir, kerana doa kita pada masa ini inshaAllah tidak akan ditolak oleh Allah. Dengan itu, minta lah apa sahaja yang anda mahukan, dan pasti Allah akan makbulkannya, dengan syarat, anda mempercayai yang Allah benar-benar akan memakbulkan doa anda tersebut. Amen.
5) Menyediakan Makanan Iftar Kepada Orang Yang Berpuasa
Sedang kita bersiap-siap menyediakan makanan iftar kepada ahli keluarga ataupun kawan kita yang lain, kita sebenarnya telah mendapat pahala secara tidak langsung oleh-Nya.
Memberi makanan kepada orang yang berpuasa adalah amalan yang sangat dituntut oleh Rasulullah S.A.W. Lepas ni, kalau anda mahu pahala secara free-free sahaja, boleh lah anda mula memasak nasi, atau sediakan air kepada ahli-ahli kerluarga anda yang lain.
Team Mobile Muslim berharap sedikit sebanyak anda akan mendapat info yang berguna dari artikel ini. Kami juga ingin mengucapkan jika ada tersalah didalam penulisan kami pada kali ini.
Selamat berpuasa pada hari ini dan hari-hari yang akan datang dan semoga kita semua tabah menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. Amen.
Juga Baca: Edisi Ramadhan 2018: 5 Tips Persiapan Terakhir Menjelang Ramadhan Tahun Ini
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – Memang Mudah.