Sudahkah anda membayar zakat fitrah? Tunaikan kewajipan anda pada hari ini dan jangan tangguhkannya.
Di negeri Selangor, kadar pembayaran zakat fitrah kekal sebanyak RM7.00. Walaubagaimanapun, menurut Pusat Zakat Negeri Selangor, jika anda seorang yang berkemampuan, anda boleh membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang anda sekeluarga makan.
Jika anda bukan warga negeri Selangor, anda boleh mengetahui kadar bayaran zakat fitrah di kawasan anda dengan merujuk kepada Pusat Zakat di negeri masing-masing.
Zakat Fitrah Adalah Wajib Bagi Yang Berkemampuan
Seperti yang kita tahu zakat ini adalah wajib bagi setiap orang yang berkemampuan dan Team Mobile Muslim ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah zakat anda pada Ramadhan 2018 kali ini.
Untuk membuat pembayaran, anda boleh melawat pusat zakat yang berhampiran dengan anda ataupun di pasaraya terlibat yang juga berdekatan dengan anda. Mari kita tunaikan ibadah zakat ini dengan secepatnya dan jangan menangguhkannya.
Niat-Niat Zakat Fitrah:
1) Niat untuk diri sendiri:
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنْ نَفْسِىْ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNAFSII FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas diri saya sendiri, Fardhu karena Allah Ta’ala.
2) Niat untuk diri sendiri dan untuk semua orang yang ia tanggung nafkahnya:
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN-UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA ‘AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQAATUHUM SYAR’AN FARDHAN LILLAHI TA’AALAA
Sengaja saya mengeluarkan zakat atas diri saya dan atas sekalian yang saya dilazimkan (diwajibkan) memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
Kredit niat zakat di atas: 4li4kb4r.blogspot.my
Juga Baca: Edisi Ramadhan 2018: 5 Tips Untuk Mendapatkan Pahala Dengan Mudah Ketika Menanti Waktu Berbuka Puasa
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.
Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.
Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di WWW.MOBILEMUSLIM.COM
Mobile Muslim – Memang Mudah.