Pasti ramai yang tahu bahawa malam Lailatul Qadar itu merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang sangat teristimewa ini akan membawa kepada ganjaran yang besar bagi sesiapa yang tekun beribadat kepada Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya.
Bagaimana Untuk Mengetahui Bila Sebenarnya Malam Lailatul Qadar Ini?
1) Lebihkan Ibadah Anda Pada 10 Hari Terakhir Ini
Ini adalah tips yang harus kita ingat sampai bila-bila. Jangan hanya pilih hari yang ganjil sahaja untuk menantikan malam Lailatul Qadar ini. Dengan melakukan ibadah secara istiqamah, mudah-mudahan kita mendapat hidayah bila jatuhnya malam Lailatul Qadar tersebut.
Malah, sepanjang 10 Ramadan terakhir ini, marilah kita tingkatkan lagi usaha kita untuk mengerjakan ibadah dengan lebih serta ikhlas untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
2) Sentiasa Berdoa Kepada Allah S.W.T
Pada 10 hari terakhir ini adalah masa yang paling terbaik untuk kita sentiasa mengharapkan rahmat serta balasan yang baik dari Allah S.W.T. Sentiasa lah kita berdoa kepada-Nya untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita serta mendoakan kesejahteraan orang-orang yang telah pergi menghadap ilahi.
Sesungguhnya, apabila kita mendoakan terhadap orang lain, malaikat juga akan mendoakan untuk kita semua.
3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
Bulan Ramadan yang juga dikenali sebagai bulan Al-Quran ini adalah bulan yang sangat mulia kerana tertutupnya pintu neraka serta diikatkan semua para syaitan. Manakala, pintu syurga diperbuka luas dan ini adalah salah satu rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya.
Dengan itu marilah kita sentiasa bersyukur dengan rahmat-Nya serta memperbanyakkan bacaan kitab suci Al-Quran di 10 malam terakhir ini.
4) Berpuasalah Dengan Seikhlas Hati Untuk Mendapatkan Rahmat Allah
Ada satu pintu di syurga yang dinamakan ‘Ar-Rayyan’, di mana pintu ini disediakan bagi hamba-hamba Allah S.W.T yang berpuasa dengan seikhlas hati mereka hanya untuk mendapat kan redha-Nya.
Pintu ‘Ar-Rayan’ ini akan memanggil para-para orang yang berpuasa dengan bersungguh hati di Akhirat nanti untuk memasuki pintu tersebut dan akan ditutupi selama-lamanya selepas manusia terakhir yang terpilih memasuki melaluinya. Jadi dengan itu, marilah kita berusaha untuk berpuasa dengan seikhlas hati di 10 hari terakhir ini.
5) Melebihkan Solat Di Malam Hari
Ini juga adalah sangat-sangat dituntut oleh Allah S.W.T. Bangun di sepertiga malam semata-mata untuk mendirikan solat di malam hari kerana Allah. Rasulullah S.A.W menasihati bahawa untuk melebihkan solat pada malam hari untuk mendapatkan keampunan berganda oleh Allah S.W.T
Bukan itu sahaja, bayangkan jika kita mendirikan solat dengan ikhlas dan jatuh kepada malam Lailatul Qadar itu sendiri, semua amalan-amalam kita akan diterima oleh-Nya serta diampuni segala dosa, jika kita melakukan segala ibadah dengan seikhlas hati. InshaAllah.
6) Lebihkan Bersedekah Kepada Orang Yang Lebih Memerlukan
Di dalam harta kita, terdapat harta orang lain. Sebab itulah amalan bersedekah ini sangat dituntut dalam agama, bukan sahaja di dalam bulan Ramadan, malah di dalam bulan-bulan yang lain juga.
Di bulan Ramadan, keistimewaan bersedekah adalah sangat tinggi, dan segala amalan kita akan digandakan berlipat kali ganda dengan izin-Nya. Selain itu, marilah kita juga menunaikan ibadah Zakat Fitrah bagi sesiapa yang masih belum lagi melakukannya.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia mungkin tidak dapat mengetahui hari bilakah jatuhnya Lailatul Qadar tersebut, kecuali hamba-hamba Nya yang terpilih.
Jadi dengan itu diharap kita semua dapat melakukan ibadah dengan seikhlas hati untuk mendapatkan redha-Nya. Ada sebab mengapa malam tersebut dirahsiakan oleh Maha Suci Allah S.W.T.
Mobile Muslim juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini serta mendoakan semoga kita semua mendapat keampunan yang besar di malam Lailatul Qadar.
Juga Baca: Edisi Ramadhan 2018: 5 Tips Untuk Mendapatkan Pahala Dengan Mudah Ketika Menanti Waktu Berbuka Puasa
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang diwujudkan bagi menyenangkan para pelanggan untuk mencari penyedia perkhidmatan persendirian mahupun berdaftar dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh dicari di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan tunggu maklum balas dari kami dalam masa beberapa minit.