Selepas sebulan menjalani ibadah Ramadan, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Syawal, iaitu bulan kemenangan selepas berjaya menempuhi ibadah puasa yang sangat berharga ini. Untuk menyambut kedatangan bulan Syawal 2018 ini, berikut adalah 6 perkara sunnah yang boleh anda ikuti untuk mendapat pahala yang berganda.
1) Bangun Pagi Seawal Subuh Dan Mandi Sunat Raya
Mandi di pagi raya adalah sunnah yang sangat dituntut di dalam Islam. Membersihkan tubuh badan kita di pagi Syawal dan seterusnya diikuti oleh Solat Subuh akan membuat kan kita lagi segar serta besemangat untuk menyambut raya.
Pada bulan Syawal terutamanya hari pertama dan kedua adalah hari di mana kita akan mengunjungi saudara mara dan sesama lain. Dan dengan ini, pentingnya kita untuk membersihkan diri dengan sempurna dan mengenakan wangi-wangian serta memakaikan pakaian yang cantik tetapi dengan kadar yang bersederhana, kerana Allah sukakan kecantikan tetapi tidak dengan berlebihan.
2) Makan Sedikit Sebelum Pergi Solat Sunat Hari Raya Di Masjid
Ini juga adalah sunnah yang sangat dituntut dan disukai di dalam Islam. Makanan yang dituntut adalah buar kurma, dengan memakan dalam kuantiti nombor yang ganjil. Berpuasa di hari Raya pertama adalah haram, dan dengan makan sedikit di pagi Raya itu menandakan yang bulan Ramadan telah pun habis, sebab itu lah makan sedikit di pagi ini sangat dituntut.
3) Berkata-Kata Yang Baik serta Bermaafan Di Kalangan Anda Pada Syawal 2018 Ini
Di hari kemenangan ini, elok lah jika kita dapat memberikan kata-kata semangat serta mengucapkan kata-kata yang baik sesama saudara-mara serta saudara mara se-Islam kita yang lain untuk meraikan Syawal 2018 ini.
Memberi kata-kata yang baik sedikit sebanyak akan merapatkan lagi hubungan sesama sendiri serta menunjukkan adab baik yang diikuti oleh Pemimpin kita Rasulullah S.A.W.
Juga Baca: Edisi Ramadhan 2018: 5 Tips Untuk Mendapatkan Pahala Dengan Mudah Ketika Menanti Waktu Berbuka Puasa
4) Bertakbir Di Pagi Raya
Dengan bertakbir, kita sebenarnya menyebut serta memuji Allah dengan nama yang sebaik-baiknya, sebab itulah bertakbir sangat-sangat di galakkan, dan ada yang di antara umat Islam sudah mula bertarkbir sejak malam hari lagi.
5) Mengenakan Pakaian Yang Cantik
Ini lah masanya untuk mengenakan baju Raya yang anda mencari sepanjang malam ketika Ramadan itu. Mengenakan pakaian yang bersih serta meletakkan sedikit wangi-wangian bagi kaum lelaki untuk mengerjakan solat sunat Syawal pada pagi raya itu.
Untuk kaum wanita pula, mengekana pakaian yang bersih dan cantik serta menutupi badan serta anggota lain yang wajib di tutupi untuk mengerjakan solat sunat Syawal di masjid ataupun surau.
6) Membayar Zakat Fitrah Sebelum Solat Sunat Syawal
Membayar zakat fitrah adalah wajib bagi semua yang sudah baligh, waras serta berkemampuan. Membayar Zakat Fitrah ini adalah sangat dituntut oleh Allah S.W.T sehinggakan Dia menjadikan ibadah ini wajib bagi semua yang berkemampuan.
Harga Zakat Fitrah adalah berdasarkan di negeri mana yang anda tinggal, dan di Selangor, Zakat Fitrah yang hendak di bayar adalah RM7.00, dan jika berkemampuan lebih, anda boleh membayar mengikut beras yang anda makan.
Tidak ada salah nya membayar lebih dengan niat kerana Allah S.W.T, kerana sekecil zarah pun amalan kita, akan digandakan pahalanya oleh Allah S.W.T.
Semoga Ramadan 2018 ini mengajar kita menjadi lebih berdisplin dalam menunaikan segala perintah yang diturunkan oleh Allah S.W.T dan berusaha untuk ke arah kebaikan, inshaAllah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Juga Baca: ZAKAT FITRAH 2018: SUDAHKAH ANDA MEMBAYARNYA?
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang diwujudkan bagi menyenangkan para pelanggan untuk mencari penyedia perkhidmatan persendirian mahupun berdaftar dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh dicari di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan tunggu maklum balas dari kami dalam masa beberapa minit.