Tips cuci rumah sempena bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, Ramadhan menjengah kembali pada tahun Masihi 2019 ini yang jatuh pada tarikh 5 Mei bersamaan 1 Ramadhan 1440 tahun Hijrah. Namun, sudahkah anda bersedia untuk menghadapinya? Sudahkan anda cuci rumah sebaik-baiknya?

Dengan usia yang semakin meningkat, dan semakin berat tanggungjawab yang digalas sebagai ketua atau suri rumah tangga, dan mahupun kepada mereka yang tinggal sendirian, bujang dan yang baru mula berdikari, Ramadhan tidak lagi hanya tentang menahan lapar dan dahaga. Anda bukan sahaja perlu bersedia mental, emosi dan fizikal untuk menahan makan dan minum, malahan juga keseluruhan aspek lain dalam kehidupan anda dan mereka yang di sekeliling anda, yang akan banyak berubah berbanding bulan-bulan lain. Antaranya adalah aspek kebersihan. Berikut adalah tips cuci rumah sempena bulan Ramadhan yang mungkin berguna untuk anda.

  1. Buat Perancangan

Merancang itu adalah separuh daripada kejayaan. Ambil masa untuk duduk dan berfikir sejenak tentang cara untuk anda menghadapi cabaran membersihkan rumah bagi jangka panjang, iaitu sepanjang bulan puasa, serta jangka pendek – iaitu bagi sehari-hari dalam bulan tersebut. Perancangan yang baik dapat membantu anda menjimatkan masa dan tenaga. Dengan melibatkan ahli keluarga lain dalam perancangan itu, anda juga dapat mengeratkan tali silaturahim di bulan yang mulia ini.

  • Bersih Awal-Awal Lagi

Tips cuci rumah sempena bulan Ramadhan yang kedua adalah melakukan pembersihan pada awal-awal Ramadhan lagi, lebih afdal, sebelum Ramadhan bermula. Ini boleh juga dikatakan sebagai pra-pembersihan hari raya. Disebabkan oleh kerja yang banyak dan keadaan berpuasa, persiapan hari raya yang dilakukan di hari-hari terakhir bulan puasa biasanya menyebabkan seseorang itu mudah jatuh sakit. Jadi, jangan ambil risiko terlantar sakit di hari raya anda. Lakukan pembersihan seawalnya.

  • Dahulukan Kerja Pembersihan Yang Sukar

Semasa anda masih mempunyai banyak tenaga ketika sebelum puasa bermula atau awal-awal Ramadhan, utamakan kerja-kerja pembersihan yang berat. Terutama untuk bahagian yang jarang dibersihkan dan sukar serta memakan banyak tenaga. Kebiasaannya, seperti kerja membersihkan kipas siling ataupun penapis penghawa dingin, longkang, dan membersihkan dinding untuk tujuan mengecat dan sebagainya.

  • Keselamatan Adalah Keutamaan Anda

Anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan kemalangan dalam rumah terutamanya apabila melakukan tugasan-tugasan pembersihan berat dan jarang dilakukan. Pastikan anda mempunyai peti pertolongan cemas bagi membantu memberi anda rawatan awal sekiranya berlaku hal-hal yang tidak diingini. Kerja-kerja pembersihan ringan juga boleh mendatangkan kemalangan yang berbahaya kepada kesihatan anda. Bahan-bahan pencuci pakaian, lantai dan sebagainya mungkin boleh mendatangkan mudarat jika terdedah dalam kuantiti banyak dan jangka masa yang panjang. Jadi, pastikan anda bersedia dengan peralatan perlindungan asas seperti sarung tangan, topeng muka, cermin mata keselamatan, baju yang tebal, serta mungkin juga topi keselamatan, jika ada dan jika perlu.     

  • Makan Teratur – Tenaga Mencukupi

Bagi memastikan anda mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan pembersihan, anda perlu makan makanan yang seimbang dan jangan lupa bersahur. Penting juga untuk anda bersederhana dalam menjamah makanan. Supaya anda tidak menjadi malas atau mengantuk pula apabila terlebih makan.   

  • Dapatkan Pembantu Rumah Sementara

Sesetengah orang menyambut sesuatu dengan cukup sederhana. Tetapi, jika anda begitu meraikan bulan puasa ini dan hari raya yang akan menyusul, dan akan melakukan kerja-kerja pembersihan dan persiapan yang luar biasa skalanya, mungkin apa yang anda perlukan adalah pembantu yang boleh diharapkan. Jadi tips kita yang terakhir bagi cuci rumah sempena Ramadhan ini adalah dengan mendapatkan pembantu rumah sementara. Kini, banyak perkhidmatan tempatan yang menawarkan pembantu rumah harian yang bekerja mengikut jam ataupun set jam yang telah ditetapkan dalam mana-mana hari yang telah dipilih.  

Sekiranya anda memerlukan khidmat pembantu rumah harian, kami di Mobile Muslim ada menawarkan khidmat cuci rumah serendah RM25/jam. Untuk buat tempahan, sila isi borang cuci rumah ini atau whatsapp kami di 0125105010.

Leave a Comment