5 Cara Cuci Pejabat dengan Efektif

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Itulah kata-kata yang sering kita dengar semasa di alam persekolahan terutama bagi yang beragama Islam. Tetapi adakah anda bawa seruan kebersihan itu sehingga ke fasa kehidupan anda yang seterusnya seperti alam pekerjaan? Dalam artikel ini, mari pelajari 5 cara cuci pejabat dengan efektif supaya persekitaran pejabat anda lebih kondusif untuk meningkatkan produktiviti.

  1. Peralatan Membersih Yang Berkesan

Pejabat perlulah sentiasa rapi dan bersih bagi menggalakkan suasana yang produktif serta kondusif  untuk membantu mencapai matlamat sesebuah organisasi. Peralatan-peralatan membersih  mestilah sesuai dengan keadaan pejabat anda. Walaupun kerja-kerja cuci pejabat dilakukan sebahagian besarnya oleh staf pembersihan yang dipertanggungjawabkan, anda sebagai pegawai yang menyelia juga atau sebahagian daripada pengurusan perlu memastikan produk yang digunakan adalah berkesan, efektif, menjimatkan kos serta tidak mengganggu. Peralatan seperti vakum pula mestilah mempunyai kuasa sedutan kuat dan mampu untuk menyedut di bahagian-bahagian yang agak sukar dicapai seperti celah-celah atau ruangan kecil di bawah meja atau di sofa.   

  • Menghapuskan Kuman

Salah satu cara cuci pejabat dengan efektif yang paling penting adalah memastikan kuman-kuman terhapus. Anda tidak mahu pekerja anda sering jatuh sakit dan menyebabkan banyak kerja tergendala! Bahan pencuci mestilah dipastikan berkesan membersih dan menghapuskan bakteria yang boleh mendatangkan mudarat serta penyakit kepada rakan sekerja anda. Antara kawasan yang anda perlu beri perhatian utama adalah kawasan tandas serta dapur atau kafeteria. Pastikan singki disental dengan pencuci disinfektan, jamban diberus juga dengan disinfektan, manakala tempat duduk jamban haruslah sentiasa dilapkan kering. Lantai harus dimop dengan bahan pencuci yang dapat menghapuskan kuman tetapi pada masa yang sama tidak berbau terlalu tengik seperti kebanyakan bauan pencuci peluntur yang boleh mengganggu tumpuan staf lain sekiranya bahagian yang dibersihkan itu berhampiran ruangan kerja.

  • Jadual Yang Sesuai

Sekiranya organisasi anda mempunyai staf pembersihan, pastikan jadual pembersihan mereka tidak bertingkah dengan waktu kerja pejabat. Pastikan waktu pembersihan dilakukan di awal pagi dan setelah habis waktu pejabat. Ini supaya tidak mengganggu kerja jabatan masing-masing. Tetapi sekiranya, organisasi anda adalah sangat besar dan mempunyai ramai kakitangan yang boleh menyebabkan pejabat kotor dengan agak kerap, maka harus disesuaikan jadual pembersihan tersebut dengan situasi pejabat anda.

  • Pastikan Peralatan Elektronik Bebas Habuk

Dalam era teknologi maklumat masa kini, semua pekerjaan bergantung kepada penggunaan komputer. Bagi memastikan komputer organisasi anda bertahan lebih lama, bahagian dalaman komputer perlulah dibersihkan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ini disebabkan oleh habuk-habuk yang berkumpul, lama-kelamaan boleh merosakkan komputer dengan menghalang pengedaran udara yang baik di dalamnya dan menyebabkan bahagian sensitif komputer menjadi terlebih panas dan akhirnya rosak. Bahagian luaran juga perlu dibersihkan dengan cairan disinfektan. Anda mungkin pernah makan atau minum di tempat kerja atau mungkin makan di tempat lain tetapi tidak membasuh tangan dengan bersih menyebabkan tempat kerja dicemari dengan makanan yang berkemungkinan jika tidak ditangani dengan baik, boleh menjadi sarang pembiakan kuman. Peralatan elektronik lain seperti penapis bagi penghawa dingin anda juga perlu sentiasa dibersihkan. Penapis berfungsi menapis habuk daripada beredar dalam udara pejabat anda. Sekiranya sudah terlalu penuh maka fungsinya untuk menapis habuk akan menjadi kurang efektif.

  • Kemas Tempat Kerja Masing-Masing

Akhir sekali, yang paling penting, setiap pekerja mestilah bertanggungjawab kepada tempat kerja masing-masing. Pastikan segala kertas kerja anda tersusun rapi dan mengikut turutan yang sepatutnya yang anda sendiri mudah fahami agar anda tidak kalut mencari kembali dokumen apabila diperlukan. Pen-pen serta alat tulis lain disimpan dalam satu bekas dan tidak dibiarkan bersepah. Pastikan barang-barang yang ada di atas meja anda hanyalah yang diperlukan sahaja dan buangkan semua benda yang tidak diperlukan. Dengan itu, anda dapat bekerja dalam keadaan yang selesa dan lebih fokus!

Perkhidmatan Cuci Pejabat oleh Mobile Muslim

Jika anda masih memerlukan pertolongan untuk cuci pejabat anda, kami di Mobile Muslim boleh membantu anda dengan menghubungkan anda dengan penyedia perkhidmatan Muslim yang berdekatan dengan pejabat anda. Harga yang ditawarkan adalah RM100 untuk 4 jam. Jika anda berminat, anda bolehlah mengisi borang tempahan cuci pejabat atau hubungi kami di 012 510 5010.

Leave a Comment