Apabila anda berhasrat untuk mencari homestay di Shah Alam, bagi yang tidak biasa dengan kawasan Shah Alam pasti runsing untuk memilih homestay di seksyen mana. Tidak perlu pening lagi, kami akan berikan hujah yang kuat tentang mengapa anda perlu memilih homestay Shah Alam seksyen 7.
1. Universiti berdekatan seperti UiTM dan Unisel
Tahukah anda UiTM mempunyai pintu masuk ‘belakang’ yang terletak di Seksyen 7 dan Unisel pula memang terletak ditengah-tengah seksyen 7. Bagi keluarga yang ingin melawat anak-anak mereka yang belajar di universiti berkenaan, pastilah mereka ingin menginap di homestay yang paling berdekatan dengan universiti-universiti ini supaya mudah untuk anak mereka untuk melawat homestay dan juga mudah untuk menghantar kembali mereka ke universiti.
Selain dari itu, musim konvokesyen menjadikan homestay-homestay di seksyen 7 seperti goreng pisang panas kerana masing-masing mahukan homestay yang paling berdekatan dengan dua universiti ini. Maka pastinya golongan ini akan memilih homestay Shah Alam seksyen 7 kerena lokasinya yang paling berhampiran dengan universiti-universiti ini.
2. Pusat pelancongan I-City
Tahukah anda sebelum akses terus ke I-City dari lebuhraya persekutuan dibuka, akses utama ke I-City adalah melalui seksyen 7. Ini menunjukkan betapa dekatnya seksyen 7 dengan I-City, maka tidak hairanlah apabila ramai juga pengunjung I-City memilih untuk menginap di homestay Shah Alam seksyen 7.
Selain dari faktor lokasi, faktor harga homestay Shah Alam seksyen 7 yang boleh dikatakan lebih murah berbanding harga homestay-homestay yang ditawarkan di I-City juga menyumbangkan kepada pemilihan lokasi homestay pengunjung I-City.
3. Pusat beli belah Jakel dan butik-butik Muslimah
Seksyen 7 juga adalah cukup terkenal sebagai pusat fesyen Muslimah dimana butik-butik Muslimah dibuka disini bagai cendawan selepas hujan. Seksyen 7 Shah Alam akan menjadi tumpuan terutamanya apabila tiba musim raya dimana umat Islam akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah di seksyen 7 untuk mendapatkan pelbagai fesyen pakaian yang dijual. Homestay Shah Alam seksyen 7 menjadi pilihan kerana kedekatan lokasinya yang berdekatan dengan pusat beli belah ini.
4. Hospital Shah Alam
Bagi keluarga yang datang dari jauh dan memerlukan tempat penginapan semasa menziarahi keluarga yang dimasukkan ke hospital Shah Alam, pastinya lokasi yang terbaik untuk menginap adalah dikawasan yang berdekatan dengan hospital iaitu seksyen 7. Ini untuk memudahkan pergerakan ulang alik ahli keluarga ke hospital terutamanya bagi yang berganti-ganti perlu menjaga ahli keluarga di hospital.
5. Pelbagai pilihan homestay
Salah satu sebab mengapa seksyen 7 adalah kawasan yang paling digemari penginap homestay adalah kerana kepelbagaian pilihan homestay yang boleh ditempah.
Jika pengunjung sangat berkira dengan bajet, pengunjung boleh memilih flat-flat yang dijadikan homestay di seksyen 7. Jika pengunjung berkeluarga besar dan memerlukan tiga atau empat bilik untuk menempatkan semua ahli keluarga dengan selesa, pengunjung boleh memilih homestay double-story yang boleh memuatkan ramai ahli keluarga. Jika pengunjung mementingkan keselesaan dan kemudahan seperti swimming pool, pengunjung boleh memilih homestay condominium seksyen 7 dengan kemudahan swimming pool.
Pelbagai jenis homestay boleh ditempah di seksyen 7 Shah Alam dan ini menjadikan homestay seksyesn 7 Shah Alam sebagain pilihan para pengunjung.
6. Pelbagai pilihan makanan
Seksyen 7 juga sangat terkenal dengan pelbagai jenis restoran pelbagai jeni makanan yang dapat memenuhi pelbagai selera pengunjung. Cakap sahaja Pak Li Kopitiam, nasi kandar Restoran Hakim, Nasi Lemak Cinta Sayang atau Soto Klang, pasti semua warga Shah Alam akan tahu akan populariti premis makanan ini.
Jika anda ingin menjadi lebih adventurous, pengunjung boleh sahaja mencuba antara berpuluh-puluh restoran lain yang menyediakan sajian kegemaran anda. Bagi mereka yang inginkan fast food, hampir semua fast food popular juga ada di seksyen 7 ini termasuklah A&W!
Sebenarnya banyak lagi sebab yang boleh dibentangkan mengapa anda perlu memilih homestay Shah Alam seksyen 7 ini, tapi cukuplah 6 sebab utama ini dan jika faktor-faktor ini tidak dapat mempengaruhi pemilihan homestay anda, kami pon tak pasti faktor apa yang boleh mempengaruhi anda.
Kami mengesyorkan anda membaca tulisan kami yang lepas mengenai senarai homestay di Shah Alam untuk memudahkan anda menempah homestay Shah Alam seksyen 7 idaman anda. Semoga anda menikmati kunjungan anda di Shah Alam Insya-Allah.