Kecurian Kereta: Ikuti 5 Tips Berguna Ini Untuk Mencegah Kehilangan Kereta Anda

Kes kecurian kereta seringkali dilaporkan setiap tahun dan salah satu sebab utamanya adalah disebabkan oleh kecuaian kita sendiri. Ikuti 5 tips berguna dibawah ini untuk mencegah kecurian kereta anda.

1. Tutup Enjin Kereta Anda Bila Tidak Menggunakannya

Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kita semua. Seperti contoh kita hendak turun ke kedai dan membiarkan enjin kereta dibuka.

Pada pemikiran kita, ia selamat kerana kita tidak pergi terlalu lama. Tetapi, pada pemikiran pencuri, ia adalah masa yang paling sesuai untuk merampas kenderaan anda dengan secara anda tidak menyedarinya.

Sentiasa lah kita beringat bahawa malang itu tidak berbau dan perbuatan kita ini akan menyebabkan kita kehilangan kereta dengan sekelip mata. Lebih baik kita beringat sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

2. Elakkan Park Kereta Anda Di Tempat Terpencil Ataupun Gelap

Ini juga adalah tips yang selalu kita dengar tetapi seringkali kita tidak mempraktikannya. Elakkan untuk meletakkan kereta anda di tempat yang terpencil atau gelap.

Ini akan menyenangkan lagi bagi pencuri untuk pengendalian proses mencuri kereta tersebut. Ditempat yang terpencil, saksi juga berkurang. Bila tida mata-mata yang melihat, ini akan menyenangkan lagi pencuri untuk mencuri kereta anda.

Pada waktu malam juga, elakkan untuk park kereta anda di tempat yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. Kebiasannya kes kecurian kereta sering berlaku pada waktu malam kerana pencuri mempunyai masa yang banyak untuk mencuri spare parts mahupun keseluruhan kereta itu juga.

Juga Baca: Kelas Mengaji Al-Quran di Rumah Sendiri (Bertajwid)

3. Jangan Sesekali Tinggalkan Barang Berharga Didalam Kereta

Ini adalah perkara yang selalu juga dilakukan oleh kita semua. Perkara sebegini septatutnya boleh dihindari dengan selalu beringat bahawa barangan berharga yang dipamerkan secara terbuka akan menarik perhatian pencuri.

Pada kaum wanita terutamanya, diingatkan supaya meletakkan handbag ditempat yang lebih selamat seperti dibawah seat ataupun didalam boot kereta untuk lebih selamat.

Selain dari itu, laptop juga sering menjadi sasaran oleh pencuri. Laptop yang ditinggalkan didalam kereta boleh dikesan dengan menggunakan alatan tertentu, jadi lebih selamat lah jika ia diletakkan didalam boot kereta anda untuk mengelakkan kecurian berlaku.

4. Kunci Kereta Anda Untuk Mengelakkan Kecurian

Pastikan kereta anda sudah dikunci terlebih dahulu ketika anda sudah keluar dari kereta. Kadang-kadang kita boleh terlupa dan kecuaian kita ini akan meninggikan lagi faktor kehilangan kereta.

Jika pelu, anda juga harus check setiap pintu anda untuk memastikan kereta anda betul-betul sudah dikunci. Jikalau remote alarm kereta anda sudah hampir kehabisan bateri, pastikan anda mengunci kereta anda secara manual.

5. Memasang GPS Tracker Untuk Elak Kecurian Kereta Anda

Pemasangan GPS tracker didalam kereta membolehkan anda untuk mengesan pergerakan kereta anda secara live terus di smartphone anda.

Alat ini boleh diaktifkan dengan memasukkan sim card yang sah dan seterusnya fungsi GSM itu tersebut akan menghantar sms untuk memaklumkan kedudukan sebenar kereta anda selepas menyedari kehilangannya.

Alat ini sangat penting bagi setiap pemilik kereta untuk meningakatkan lagi safety kereta anda dan mencegah daripada kecurian. Kata orang, malang tidak berbau dan lebih baiklah kita mencegah sebelum terlambat.

Juga Baca: 5 Servis Tuisyen Peribadi Murah Yang Boleh Didapati Di Mobile Muslim

 


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – For Greater Ummah.

Leave a Comment