Homestay Seri Kembangan Ini Akan Membuatkan Tidur Malam Anda Tidak Lena (SOHO Silk Sky)

Bunyinya macam seram, tapi apakah yang membuatkan homestay Seri Kembangan SOHO Silk Sky Ini menyebabkan tidur malam anda tidak lagi akan lena seperti malam-malam yang lain? Kami ada jawapannya, dan kalau anda mahu tahu lebih lanjut, sila baca artikel ini dengan sepenuh hati dan perasaan anda.

SOHO Silk Sky Residence @ Seri Kembangan

SOHO Silk Sky

Sebenarnya artikel pada kali ini adalah artikel berkenaan dengan homestay yang terletak di Silk Sky di Seri Kembangan. SOHO Silk Sky yang dimiliki oleh pemilik bernama Hanif ini sangat mengiurkan para tetamu yang bertandang ke unit studio ini.

Mana tidaknya, design dan juga susunan perabot dirumah ini sangat cantik dan berkonsepkan minimalist, yang seringkali menarik perhatian ramai orang pada masa kini.

Designnya yang simple dan moden ini sesuai untuk para tetamu yang mencari ketenangan jauh dari bandar serta sangat sesuai untuk tetamu yang sedang menghadiri business trip.

Tempat tidurnya, lengkap dengan bantal yang empuk serta katil bersaiz Queen yang sangat selesa bagi dua orang. Ditepi katil pula terdapat meja panjang yang direka khas untuk keselesaan bagi yang hendak membuat kerja menggunakan laptop.

Dapurnya pula dilengkapi dengan peti sejuk, dapur elektrik, peralatan memasak termasuk lah pinggan mangkuk, rice cooker dan juga periuk serta kuali. Bukan itu sahaja, malah oven juga turut disediakan untuk para tetamu.

 

SOHO Silk Sky

 

SOHO Silk Sky

 

Tidak cukup dengan itu, tempat makan ataupun dining area di homestay Seri Kembangan ini sangat sempoi seperti kita lihat di cafe-cafe hipster yang semakin naik namanya pada masa kini. Cukup untuk letak 5 hidangan lauk-pauk (ini cuma cadangan tapi jangan lah makan banyak sangat).

Di living area pula, terdapat kerusi L-shaped berserta TV untuk anda relaks sambil menonton TV. Juga sesuai untuk anda habiskan masa anda bermalasan dikerusi ini untuk membaca buku kegemaran anda.

 

SOHO Silk Sky

 

SOHO Silk Sky

Overall, kami sangat berpuas hati tinggal disini dan sangat-sangat recommend kan homestay Seri Kembangan ini kepada anda semua yang suka tinggal di studio ataupun SOHO unit.

Facilities

SOHO/Studio Unit: ★★★★☆.

Internet: Tiada.

Access: Lif.

Cooking: Rice cooker, oven, pinggan mangkuk, kuali, periuk, sudu/garfu, etc.

Swimming Pool: Ada.

Social Area: Kerusi L-Shaped, Flat Screen TV, dining area.

Parking: Ada di basement.

Jika anda berminat untuk menginap di homestay SOHO Silk Sky ini, anda boleh hubungi Hanif di sini.

PS: Sebab itulah kami cakap SOHO ni akan membuatkan tidur malam anda tidak lena, sebab homestay ni memang awesome lah!

Juga Baca: Muslim Homestay Perth Yang Wajib Anda Ketahui Bila Anda Bercuti Disana


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim Marketplace

Mobile Muslim dibina untuk memudahkan aktiviti jual beli produk keperluan Muslim. Apa yang menarik, pelbagai produk seperti pakaian Muslimah, agen takaful, homestay, makanan Halal dan pelbagai lagi boleh boleh dicari mengikut Masjid yang berdekatan dengan pengguna Mobile Muslim secara percuma.

Mobile Muslim boleh di dapati di Google Play bagi pengguna Android.

Bagi pengguna iOS, boleh layari Mobile Muslim di  WWW.MOBILEMUSLIM.COM

Mobile Muslim – For Greater Ummah.

Leave a Comment