Betul tu. Anda tidak perlu bersusah payah untuk cuci rumah baru anda apabila anda mula berfikir untuk menjadi minimalist ataupun mengemas rumah anda secara minimal untuk rumah yang lebih teratur dan kemas.
Apa itu minimalist? Minimalist atau minimalism ini secara ringkasnya bermaksud simple. Simple di dalam setiap aspek seperti rumah, perbelanjaan, makanan, pakaian, dan juga lain-lain lagi.
Rumah yang berkonsepkan minimalist ini selalunya hanya ada barang-barang yang penting dan berguna sahaja, serta tidak banyak. Untuk mengamalkan konsep minimalist ini, anda perlu mengekalkan barang-barang yang akan mendatangkan faedah dan mengurangkan kadar barangan di dalam rumah dan menjadikan rumah anda nampak as simple as possible.
Dengan mengamalkan konsep minimalist ini, rumah pun senang untuk dikemas, dan terutama sekali anda tidak perlu bersusah payah untuk cuci rumah baru anda itu.
Bayangkan rumah yang mempunyai banyak perabot dan barang yang tidak digunakan. Ini akan mendatangkan lagi stress yang tidak sepatutnya ada di dalam kehidupan seharian anda.
Sebelum berpindah, perkara yang selalu difikirkan adalah untuk cuci rumah baru. Dan kebanyakkannya untuk cucian pindah rumah ini adalah lebih mahal dan lebih susah kerana rumah akan dibasuh secara deep cleaning dan lebih menyeluruh.
Dan bukan itu sahaja, untuk cucian deep clean ataupun cuci rumah baru, anda sepatutnya mencuci sebelum perabot dan barang-barangan yang lain diletakkan di dalam rumah baru anda. Ini untuk menyenangkan anda ataupun pencuci yang datang untuk mengemaskan rumah anda.
Selain daripada menyenangkan proses pencucian sebelum memasuki rumah baru anda, konsep minimalist ini juga akan menyenangkan anda beribu-ribu kali selepas anda sudah memasuki rumah baru tersebut.
Dengan hanya membeli dan menggunakan perabot atau barang-barangan yang penting dan berfaedah sahaja, anda bukan sahaja dapat menjimat duit, malah rumah juga kelihatan lebih selesa dan kemas.
Apabila rumah bersih dan kemas, anda akan menjadi lebih produktif di dalam kehidupan seharian anda. InshaAllah.
Dan bagi anda yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk mengemas rumah, konsep minimalist lah yang paling ideal dan sesuai untuk anda.
Dan sebab itu juga, Mobie Muslim ada menyediakan servis cuci rumah baru dan cuci pindah rumah bagi anda yang memerlukan servis mencuci Muslim yang diyakini ramai.
Bagaimana Untuk Menempah Servis Cuci Rumah Baru Ini?
Senang aja! Hanya pergi ke website Mobile Muslim ini untuk mula menempah. Anda boleh memberitahu kami dengan menulis ‘Cuci Rumah Baru’ di ruang message yang disediakan.
Selepas anda sudah hantar tempahan, hanya tunggu maklumbalas dari kami dalam masa **24 jam.
Servis Mencuci Rumah KL/Selangor: Barang & Peralatan Mencuci Kami Yang Sediakan Tau
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.