Makan Sambil Beramal: 6 Makanan Sunnah Yang Berkhasiat Dan Bagus Untuk Tubuh Badan

Terdapat banyak makanan sunnah yang elok diamalkan oleh kita. Antaranya juga adalah kambing dan masakan yang ramai orang suka adalah kambing bakar. Walaupun banyak persepsi mengenai kambing, tetapi hakikatnya ia adalah makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Tetapi dalam apa jua pengambilan makanan, cara kita ambil dan kuantiti memainkan peranan yang sangat besar. Kita hanya disuruh untuk makan sebanyak 1/3 sahaja dan tidak melebihi dari itu walapun ia makanan sunnah. Jadi pengambilan makanan dengan kuantiti yang betul sebenarnya memainkan peranan yang besar di dalam diet seharian.

Jom kita baca apa dia 6 makanan sunnah yang boleh anda makan sambil beramal.

1) Olive Oil/Minyak Zaitun

Minyak zaitun banyak digunakan di dalam masakan di negara-negara Barat. Ini kerana mereka mempercayai makanan sunnah yang sudah diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Antaranya adalah untuk melambatkan proses aging terutama sekali di bahagian muka. Dengan meminum sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari dapat memberi badan kita imunisasi yang lebih kuat untuk mencegah sakit seperti demam, selesema dan juga mengawal kadar kolestrol dan juga melambatkan proses aging.

2) Pomegranate/Buah Delima

Buah delima adalah antara buah yang disebut di dalam Quran. Buah ini disebut tiga kali di dalam Al-Quran dan mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Antaranya adalah ia dimakan untuk melawan kanser, mengurangkan tekanan darah tinggi, menolong imunisasi badan dan juga menguatkan gigi.

3) Watermelons/Buah Tembikai

Buah tembikai sememangnya dikenali sebagai penghapus dahaga. Ini kerana kandungan air di dalam buah tembikai sangat tinggi dan mampu memberikan hydration kepada badan dan otak.

Selain itu, ia juga dapat menyejukkan badan secara semulajadi dan anda tidak perlu mengambil minimum penyejuk badan yang lain. Hanya dengan sepotong dua buah tembikai sehari sudah memadai.

4) Dates/Buah Kurma

Buah kurma adalah buah yang tidak asing lagi dan ia sudah dikenali ramai dan merupakan symbolik kepada agama Islam itu sendiri. Buah kurma juga merupakan salah satu buah di dunia yang mempunyai segala jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.

Kurma juga mempunyai fibre yang sangat tinggi dan dapat memberi manfaat kepada proses pencernaan. Ini sangat penting bagi tubuh badan untuk kekal sihat sepanjang masa.

5) Honey/Madu

Madu adalah ubat yang disebut di dalam Quran oleh Allah sebagai penyembuh segala penyakit (inshaAllah). Banyak sangat kelebihan madu yang ramai lagi yang tidak tahu. Antaranya adalah ia meningkatkan metabolisma di dalam badan.

Selain itu, ia dapat mengurangkan jangkitan bakteria yang mengakibatkan batuk, selesema, demam dan tonsil. Khasiat madu sangat tinggi. Juga dicadangkan untuk mencampurkan buah kurma, madu dan lemon di dalam bekas air dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Minum keesokan harinya untuk antioksidan semulajadi yang berkesan untuk tubuh badan.

6) Kambing – Kambing Bakar/Kambing Panggang/Kambing Golek

Dan terakhir sekali adalah kambing. Banyak myth yang kita baca bahawa pengambilan kambing tidak bagus dan akan mengakibatkan pening yang melarat dan menaikkan kadar kolestrol. Tetapi sebenarnya, tidak kira makanan apa sekalipun, jika ia diambil secara berlebihan akan mengakibatkan kepada pening dan juga kolestrol yang tinggi.

Begitu juga dengan kambing. Pengambilan yang sedikit seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W akan mendatangkan banyak khasiat berganda.

Kambing juga adalah makanan yang paling digemari hampir di dalam setiap majlis. Terutama sekali majlis Aqiqah, dimana kambing adalah salah satu haiwan yang disyaratkan sebagai haiwan korban untuk ibadah Aqiqah dan dijadikan sebagai menu kambing golek dan kambing bakar.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej katering aqiqah dan doa selamat yang ditawarkan oleh Mobile Muslim, anda boleh klik link ini ataupun WhatsApp kami di +6 012 – 510 5010 atau klik link WhatsApp ini untuk terus message kami.

 

Kambing Golek Special: 5 Sebab Order Kambing Golek Special Di Mobile Muslim


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

kambing bakar

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

Leave a Comment