3 Cara Berkesan Dan Paling Senang Untuk Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin

Ada ramai para ibu mengandung yang mengadu perkara paling ditakuti oleh mereka bukanlah ketika melahirkan anak, tetapi parut bersalin ataupun post stretch-marks yang paling digeruni mereka.

Kebiasaannya selepas bersalin, ibu mengandung akan menjalani sesi berpantang termasuk berurut dan dalam masa yang sama untuk menjaga pemakanan ketika sedang berpantang.

Selain itu, tips untuk menjaga dan menghilangkan parut juga perlu diambil kira untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, seperti jangkitan kuman/bacteria dan luka yang lebih dalam.

Jom kita baca 3 tips untuk hilangkan parut bersalin ataupun post stretch marks dengan berkesan dan mudah.

1) Penggunaan Aloe Vera

Untuk lebih berkesan, sapu kan aloe vera di parut ataupun stretch marks, dan biarkan dalam 10 hingga 20 minit, kemudian basuh dengan air yang bersih.  Untuk hasil yang lebih cepat, gunakan selepas mandi dan sebelum tidur.

Aloe vera mempunyai kandungan yang akan meredakan keradangan parut bersalin tersebut dan penggunaan secara berkala akan membantu menghilangkan parut di perut anda.

Juga Baca: 7 Tips Kulit Muka Halus Dan ‘Glowing’ Untuk Suri Rumah Bekerja

2) Sapukan Olive Oil Di Parut Bersalin

Olive oil ataupun minyak zaitun adalah minyak semulajadi yang terdapat pelbagai manfaat. Antaranya andalah digunakan untuk hilangkan parut strecth marks. Ini kerana kandungan Vitamin E yang tinggi di dalamnya yang bertindak untuk menenangkan (soothe) radangan di kulit anda.

Bukan itu saja, minyak zaitun juga mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi untuk memulihkan kembali luka serta parut di kulit anda.

3) Sapukan Moisturizer Setiap Pagi Selepas Mandi

Selepas mandi pada setiap pagi, cuba amalkan untuk menyapu krim moisturizer di kulit perut anda dan di bahagian lagi sekali. Krim moisturizer bertindak untuk melembapkan kulit anda dan mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.

Ini adalah penting untuk kulit yang cantik dan lebih sihat. Kulit kering adalah satu petanda di mana kulit tidak sihat. Jadi, dengan menggunakan moisturizer akan memberi peluang kepada kulit anda untuk menjadi lebih halus dan kaya dengan kelembapan.

 

Urut Selepas Bersalin: 6 Kebaikan Urut Selepas Bersalin Untuk Wanita


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

parut bersalin

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

 

Leave a Comment