Anda sedang mencari pakej cuci rumah tetapi tak tahu nak pilih yang mana? Jangan risau, di Mobile Muslim kami menyediakan servis cuci rumah yang ekslusif dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua.
Tetapi sebelum tu, jom tengok bagaimana caranya untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas setiap masa.
1) Cuci Ruang Dapur.
Ruang dapur adalah salah satu ruang di rumah yang sangat penting untuk di cuci serta di kemaskan setiap hari. Ini kerana, dapur merupakan tempat kita memasak yang mempunyai daya tarikan kepada serangga-serangga perosak seperti lipas, tikus dan lain-lain lagi.
2) Cuci Ruang Store.
Store kebiasaanya adalah tempat untuk meletakkan barang-barang serta peralatan seperti vaccuum, cangkul, bag dan lain-lain lagi. Amat penting untuk memastikan ruang store dikemaskan untuk menghindari dari pembiakan makhluk-makhluk perosak.
3) Cuci Ruang Tamu.
Ruang tamu semestinya ruang yang digunakan untuk beristirehat bersama keluarga pada setiap hari.
Ruang tamu juga kebiasaannya menjadi tempat untuk mejamu tetamu apabila mereka datang ke rumah. Amatlah penting untuk memastikan ruang tamu sentiasa bersih dan bebas dari sebarang kotoran.
4) Cuci Bilik Air.
Pastikan setiap bilik air di dalam rumah bebas dari kotoran serta bauan. Bilik air memainkan peranan yang penting dalam menentukan kebersihan di rumah.
Disarankan untuk meletakkan pewangi bilik air untuk mengelakkan bau yang tidak diingini serta ubat untuk menghalau serangga perosak.
5) Kemas Rumah.
Kemas rumah bukan saja bererti untuk mengemas hanya di ruang tamu ataupun di bilik sendiri. Kemas rumah bermaksud sentiasa memastikan rumah berada di dalam keadaan yang teratur supaya penghuni berasa selesa dan juga selamat berada di rumah.
Juga disarankan untuk declutter kan barang-barang yang tidak lagi digunakan untuk rumah yang sentiasa kemas.
6) Lipat Kain & Gosok Baju.
Baju dan kain yang berlonggok di atas satu sama lain semestinya akan mengundang pelbagai reaksi dari tetamu ataupun diri sendiri. Diri akan merasa tidak semangat untuk menjadi produktif.
Biasakan diri untuk sentiasa pastikan almari, ruang membasuh baju serta bilik tidak mempunyai longgokan baju kerana ini juga akan mengundang serangga seperti lipas.
Kesimpulannya, rumah yang sentiasa kemas dan berada di dalam keadaan yang tersusun dan bersih memberi impak dari segi emosi, psikologi mahupun produktiviti di dalam kehidupan seharian.
Senarai di atas ini adalah pakej cuci rumah yang ada ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan berdaftar kami di Mobile Muslim.
Jadi anda tidak perlu risau lagi. Layari my.mobilemuslim.com atau pun hubungi/WhatsApp di nombor +6 012 – 510 5010 untuk membuat tempahan pakej cuci rumah yang terdapat di Mobile Muslim.
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang diwujudkan bagi menyenangkan para pelanggan untuk mencari penyedia perkhidmatan persendirian mahupun berdaftar dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh dicari di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan tunggu maklum balas dari kami dalam masa beberapa minit.