Dalam blog artikel lepas, ada membincangkan mengenai cara untuk cuci uri. Pada artikel kali ini pula, akan membincangkan mengenai proses tanam uri yang sebahagian kaum ayah mungkin masih ada yang keliru dengan apa yang harus dibuat mengenai hal ini.
Mungkin ada yang masih keliru samada tanah perlu di ‘book’ terlebih dahulu, ataupun, perlu beritahu kepada pihak berkuasa mengenai proses tanam uri ini. Ataupun boleh tanam sahaja terus.
Sebenarnya, proses menanam uri ini adalah senang dan mudah jika anda tahu cara-caranya.
Jom baca macamana nak tanam uri dengan selamat
1) Bawa uri balik ke rumah atau kawasan yang hendak anda tanam
Selepas isteri anda bersalin, disarankan untuk membawa uri balik terus ke rumah untuk mengelakkan bau yang tidak diingini. Jika perlu ditinggalkan lebih lama, disarankan untuk menyimpan uri tersebut di dalam peti ais.
2) Basuh uri dengan bahan-bahan seperti berikut
Bahan-bahan basuhan yang anda perlukan adalah seperti garam, asam jawa, asam keping dan juga limau. Basuh uri dengan bahan-bahan ini untuk mengelakkan bau darah daripada uri yang dapat menarik minat haiwan dan binatang seperti anjing dan kucing.
Selepas proses cuci uri tamat, balutkan uri tersebut dengan kain putih.
3) Gali tanah dalam sedikit
Ini bukannya apa, untuk mengelakkan daripada binatang liar untuk menjejaki uri tersebut. Letak uri yang dibungkuskan dengan kain putih tadi di dalam tanah sedalam yang anda gali supaya bungkusan uri tersebut selamat berada di dalam tanah dan tidak terkeluar selepas tanah dikambus.
Mungkin ada yang bertanya, mana nak cari tanah? Dan tanah apa yang boleh digunakan?
Sebenarnya, tanah di bahagian halaman rumah anda juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menanam uri tersebut.
Dan tips yang paling penting apabila mencari tanah adalah pastikan bahawa tanah tersebut adalah lembut, bersih dan senang digali.
Alternatif Lain Untuk Proses Cuci Dan Menanam Uri
Bagi si ayah yang masih memerlukan pertolongan untuk proses mencuci dan menanam uri, Mobile Muslim ada jawapannya untuk anda. Sila hubungi kami di +6 012 – 510 5010 untuk maklumat lebih lanjut mengenai servis mencuci dan menanam uri ini.
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.