Cuci Uri: Bergema-Gema Telinga Ayah Mendengar Ucapan Terima Kasih Dari Si Isteri Dan Anak Baru Kelahiran Mereka Itu

“Terima kasih Ayah!” Seronok hati si Isteri apabila mendapat berita yang anak baru kelahirannya itu sihat dan comel. Si Isteri tidak putus-putus berterima kasih kepada suaminya di atas jasanya yang berbakti untuk mengendalikan proses cuci uri selepas bersalin itu.

Bagi pasangan yang pertama kali mendapat cahaya mata, pastinya tugasan yang terbesar adalah bagi si Isteri untuk melahirkan anak didalam kandungan tersebut, diiringi doa daripada keluarga dan rakan-rakan.

Tugasan terbesar kedua pula terletak pada si ayah untuk menjalankan tugas mencuci dan menanam uri. Kebiasaannya, pada ayah-ayah yang pertama mendapat cahaya mata, tugas ini mungkin agak rumit sedikit.

Baca Tips Di Bawah Untuk Proses Cuci Uri Dan Menanam Dengan Betul

1) Sediakan Bahan-Bahan Yang Mencukupi Sebelum Proses Mencuci Berlaku

Sebelum memulakan proses mencuci, si ayah boleh menyediakan dahulu barang-barang seperti berikut:

1. Garam
2. Limau Nipis
3. Asam Jawa
4. Kain Putih
5. Baldi
6. Plastic

2) Mulakan Proses Membasuh 

1. Mulakan proses ini dengan bacaan Bismillah. Letakkan uri di dalam baldi kosong yang direndam dengan air. Cuci setiap inci uri tersebut dan pastikan tiada kesan darah serta bau-bauan yang masih tertinggal.

2. Ambil uri dan bilas dengan air yang di dalam bekas berasingan, sambil berselawat ke atas Baginda. Taburkan garam berserta dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir yang akan menarik minat haiwan seperti anjing ataupun kucing.

3. Selepas itu, perahkan limau di uri tersebut sebelum meletakkan di dalam plastic bag untuk ditanamkan kemudian. Pastikan plastic tersebut diikat dengan baik sebelum ditanam. Selepas plastic diikat, bungkus dengan kain putih, seperti napking dan ikat dengan ketat dan kemas.

4. Gali tanah sedalam yang mungkin untuk menghindari dari haiwan-haiwan seperti anjing dan kucing. Letakkan dengan elok di dalam lubang tersebut dan kambus segera tanah.

InshaAllah, semoga dipermudahkan segala usaha si ayah untuk proses mencuci dan menanam uri ini.

Alternatif Lain Untuk Proses Cuci Dan Menanam Uri

Bagi si ayah yang masih memerlukan pertolongan untuk proses mencuci dan menanam uri, Mobile Muslim ada jawapan untuk anda. Sila hubungi kami di +6 012 – 510 5010 untuk maklumat lebih lanjut mengenai servis mencuci dan menanam uri ini.

 

Servis Mencuci Rumah KL/Selangor: Barang & Peralatan Mencuci Kami Yang Sediakan Tau


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

cuci uri

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

Leave a Comment