Bersih Rumah: 3 Tips Bersih Rumah Dengan Hanya Menggunakan 3 Barang

Ramai tertanya-tanya sometimes macamana nak bersih rumah dengan bersih tetapi tak nak menggunakan banyak barang. Boleh ke macamtu? Tak sure macama mana? Jom baca kat bawah macamana anda boleh guna 3 barang dalam setiap kali sesi mencuci untuk rumah yang lebih bersih.

3 Tips Bersih Rumah Dengan Menggunakan 3 Barang

1) Vinegar, Lemon, Kain Buruk/Lap

Simple tak? Dengan hanya menggunak tiga barang ini, anda boleh dapatkan sinki dan cabinet (yang bersesuaian) yang lebih bersih dan berkilat.

Perahkan lemon dan campur bersama dengar vinegar. Campur sedikit sahaja air dan selepas itu rendamkan kain lap/buruk didalam bekas yang mengandungi campuran tersebut untuk dijadikan sebagai “detergent” untuk mengelap. Selepas itu biarkan selama 10 minit untuk hasil yang segera.

2) Vinegar, Baking Soda, Mop

Haa, yang ni mesti anda rasa macam leceh sangat nak buat, yelah sebab nak mop kan, siapa je yang suka mop lantai (selain daripada Min, sebab Min ni pelik sikit suka mop mop ni).

Apa yang perlu anda lakukan adalah campur vinegar, baking soda ke dalam detergent yang sedia ada. Selalunya ramai yang lakukan begini untuk hasil yang lebih berkesan untuk hapuskan kotoran degil di lantai. Selepas sesi mencampur kan segala barang-barang tu semua, apa lagi, anda mula lah misi mop tu. Selamat Berjaya!

3) Vinegar, Baking Soda, Bekas Spray

Ha yang ni pula bagi yang selalu complain peti ais mereka berbau. Dan selalu juga yang si Isteri selalu bagi hint dekat si hubby “Yang, peti ais kita berbau la”. Yang si hubby ni buat donno je. Ish ish ish.

Baiklah, kalau mereka still buat donno je, apa kata anda boleh cuba tips ni. Campurkan vinegar, baking soda dan air putih biasa di dalam botol spray (spray bottle). Dan selepas tu spray sahaja di dalam peti ais anda dan biarkan selama 10 minit.

Oops, maaf, Min lupa nak bagitahu, anda pun jangan lah lupa keluarkan terlebih dahulu segala makanan yang ada di dalam fridge tu dulu. Tak pasal nanti makanan anda pun berbau cuka. Jangan salahkan min yeeee. Dalam bersih rumah ni, bukan mop dan vacuum je, fridge juga jangan lupa.

Baiklah. Ni tips simple dan mudah daripada Min ye bagi anda yang suka buat DIY untuk bersih rumah tu. Cuba-cuba lah. Mana tahu, makanan yang setahun lepas pun boleh terjumpa. Ehehe.

Kemas Bilik: 5 Cara Untuk Bilik Tidur Yang Sentiasa Kemas Dan Bersih


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

bersih rumah

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

Leave a Comment