Servis Mencuci Uri: Ibu Bapa Kini Boleh Berehat Dan Bergembira Menyambut Kelahiran Bayi Baru

Anda excited dengan kelahiran bayi pertama? Semua persiapan sudah beli, tetapi masih lagi tertanya-tanya bagaimana proses mencuci dan menanam uri? Haaa, jangan risau! Sebab di Mobile Muslim sekarang sudah ada servis mencuci uri yang kami sediakan khas untuk menyenangkan anda semua.

Jom Min explain lagi apa yang menarik pasal servis yang disediakan di Mobile Muslim ini. Bagi yang baru nak mempunyai anak pertama, ataupun yang baru nak melangkah ke arah perkahwinan (lebih bagus), bagus untuk anda mengambil berat mengenai cara menanam dan membasuh uri ini. Supaya tidak kelam kabut di saat bersalin nanti.

Servis mencuci uri yang disediakan ini terbuka kepada yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor. Dalam servis ini, penyedia perkhidmatan kami akan menyediakan servis mencari tanah, mencuci serta menanam sekali uri tersebut.

Anda boleh membuat booking seawal 3 bulan dan maklumkan di mana kawasan dan hospital mana yang anda plan untuk pergi. Kemudiannya mereka akan menyediakan tanah untuk uri tersebut dan seterusnya tunggu sehingga hari bersalin untuk mengambil uri.

Uri kemudiannya akan dibersihkan dengan sebaiknya mengikut cara yang betul dan sejajar dengan cara penyucian di dalam Islam. Selepas uri dibungkus dengan eloknya, kemudiannya uri akan di tanam di tanah yang disediakan.

Kadang kala pencarian tanah mungkin nampak agak senang, tetapi untuk mencari tanah yang lembut dan sesuai untuk penanaman uri mungkin menjadi sedikit halangan kepada ibu bapa yang sibuk pekerja.

Jadi, dengan memperkenalkan servis cuci uri yang pertama kali nya di lakukan di Malaysia, Mobile Muslim ingin membantu dan menolong bapa di luar sana, untuk fokus kepada isteri dan juga bayi kelahiran baru anda. Dan selebihnya, kami akan uruskan kerana kebahagiaan menyambut kelahiran bayi tidak perlu dicampur adukkan dengan perasaan risau mengenai uri.

Sila hubungi kami di +6 012 – 510 5010 untuk maklumat lebih lanjut mengenai servis mencuci dan menanam uri ini.

Cuci Uri: Bergema-Gema Telinga Ayah Mendengar Ucapan Terima Kasih Dari Si Isteri Dan Anak Baru Kelahiran Mereka Itu


Tentang Mobile Muslim

Mobile Muslim adalah satu platform yang dibina bagi memudahkan pengguna Muslim untuk mencari penyedia perkhidmatan Muslim dengan mudah sekali.

servis mencuci uri

 

Antara servis yang boleh ditempah di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan nikmati perkhidmatan yang disediakan terus ke rumah anda dengan penuh keyakinan dan tanpa was-was.

Leave a Comment