Raya dah pun masuk seminggu dan semestinya makanan-makanan pada musim perayaan ni semuanya sedap-sedap belaka dan membuatkan anda susah untuk turun berat badan.
Mungkin juga terdetik di hati anda bahawa berat mungkin sudah naik daripada puasa haritu. Sebulan berpuasa mungkin dapat turun 5kg. Tetapi bila tiba musim raya, berat mungkin naik mendadak dan lebih daripada yang sudah turun ketika berpuasa.
Anda nak hilang 5kg dalam masa sebulan? Jom kita cuba 3 tips rutin Sunnah harian ini yang boleh anda lakukan untuk get back on track dan turun berat badan serta mengamalkan hidup yang lebih sihat.
1) Makan Makanan Berkhasiat Secara Berkala
Ini adalah tip pertama untuk memulakan gaya hidup yang sihat. Makan makanan berkhasiat dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara berkala. Anda boleh makan setiap 3-4 jam, dan sebanyak 6 kali sehari.
Bukan sahaja ia membantu kadar peningkatan metabolism anda, ia juga akan mengurangkan kadar fatigue ataupun kepenatan anda dengan berkesan. Ia juga selaras dengan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk udara. Sedikit-sedikit tetapi istiqamah (berterusan).
Prophet (pbuh) said: “No human ever filled a vessel worse than the stomach. Sufficient for any son of Adam are some morsels to keep his back straight. But if it must be, then one third for his food, one third for his drink and one third for his breath.”
[Ahmad, At-Tirmidhi, An-Nasaa’I, Ibn Majah – Hadith sahih]
Credit: Dr. Bilal Philips FB
“The dearest of actions to Allah is that which is done regularly, even if it is small. ”[Sahih Al-Bukhari and Muslim]
Credit: hadithaday.org
2) Lakukan Aktiviti Sukan Yang Melibatkan Pergerakan Keseluruhan Badan
Atau dalam erti kata lain, work out (bersenam). Anda boleh lakukan aktiviti seperti berjalan kaki (brisk walk), jogging, bermain bola sepak, berenang dan lain-lain lagi. Berjalan kaki juga adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan secar ideal. Ini juga sering kali dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, dimana Baginda sering dikenali sebagai seorang yang kuat berjalan kaki secara laju (brisk walker).
Selain itu, anda juga boleh lakukan HIIT (High-Intensity Interval Training), dimana ini juga dikenali sebagai program komprehensif yang menggabungkan cardio & strength training di dalam masa yang singkat.
Contohnya, anda lakukan jumping jack (cardio) dalam masa 30 saat dan diikuti dengan squat with dumbbells (cardio & strength) dalam masa 30 saat. Dan ulang dua senaman ini sebanyak 3 kali. Dalam 1 x set, anda sudah melakukan sebanyak 1 minit, dan kalau 3 kali anda lakukan sebanyak 3 minit.
3 Tidur Awal/Secukupnya Untuk Turun Berat Badan
Percaya atau tak, jika anda adalah gang night-owl (burung hantu), anda akan terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi berat badan untuk bertambah. Kurang tidur sering dikaitkan dengan penambahan berat badan kerana badan kita akan merasa letih dan lesu dan kita akan menjadi stress dan tidak bermaya sepanjang hari.
Ini kerana level stress hormone yang dikenali sebagai cortisol akan menjadi tinggi dan membuatkan kandungan gula dalam badan anda rendah seterusnya membuatkan anda mengidam untuk makan makanan manis serta tinggi kolestrol seperti coklat ataupun fast food.
Rasulullah S.A.W juga mengamalkan gaya hidup sihat ini dengan terus bersiap sedia untuk tidur selepas Baginda habis menunaikan solat Fardhu Isyak di malam hari. Ini kerana Baginda tahu, jika lebih awal kita tidur, lebih cepat kita boleh bangun serta mengerjakan solat Fardhu Subuh dengan tubuh yang lebih bertenaga.
Bukan sahaja itu, jika anda bangun awal, anda boleh melakukan aktiviti senaman di pagi hari dan seterusnya akan membuatkan anda bertenaga sepanjang hari dan lebih fokus semasa belajar ataupun bekerja kemudiannya. InshaAllah.
Juga Baca: Makanan Orang Berpantang: 5 Makanan Ini Yang Harus Anda Elakkan Semasa Berpantang
Tentang Mobile Muslim
Mobile Muslim adalah satu platform yang diwujudkan bagi menyenangkan para pelanggan untuk mencari penyedia perkhidmatan persendirian mahupun berdaftar dengan mudah sekali.
Antara servis yang boleh dicari di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.
Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan tunggu maklum balas dari kami dalam masa beberapa minit.
Sgt bagus pekhidmatan web nih.
Teruskan.