Tips Kemas Rumah Ketika Anda Mengadakan ‘Open House’ House Pada Syawal Ini

Lumrahnya, pada setiap bulan Syawal, ramai yang akan mengadakan ‘open house’ dengan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim. Dan ramai juga yang masih memerlukan tips kemas rumah untuk bersiap sedia ketika perayaan ‘open house’ itu nanti kerana inilah masanya sanak-saudara serta sahabat handai akan berkumpul dan meluangkan masa bersama setelah lama tidak berjumpa.

5 Tips Kemas Rumah Yang Memudahkan Anda Ketika Mengadakan Open House:

1) Guna Pinggan Dan Cawan Pakai Buang

Untuk memudahkan kerja anda ketika mengadakan open house pada kali ini, anda boleh menggunakan pinggan, cawan, sudu serta garfu pakai buang yang tidak payah dibasuh.

Ini juga akan mengurangkan penggunaan air serta menyenangkan lagi anda serta tetamu. Anda tidak perlu berpenat-lelah menghabiskan masa untuk membasuh pinggan mangkuk, serta tetamu tidak perlu rasa bersalah jika tidak membasuh pinggan mangkuk mereka.

2) Letak Plastik Sampah Besar Di Beberapa Bahagian Rumah Anda

Anda boleh gunakan tips ini jika anda mahu menyenangkan para tetamu untuk mudah membuang sampah. Anda boleh letakkan beberapa plastik sampah di beberapa ruang di rumah anda, seperti di dapur dan di luar rumah.

Adalah sangat digalakkan supaya anda menggunakan plastik sampah yang tahan lasak supaya tidak mudah pecah, yang akan merumitkan lagi kerja anda untuk proses pembersihan.

Juga Baca: Declutter Almari: Rupa-Rupanya Ini Lah Caranya Untuk Mengemaskan Almari Korang Yang Hampir ‘Termuntah’ Itu 

3) Sediakan Sabun Basuh Tangan Untuk Tetamu

Selain daripada tips-tips di atas, ini juga adalah tips yang mudah untuk diikuti dan berguna. Sabun basuh tangan adalah sangat penting untuk membuatkan tetamu berasa lebih selesa dan gembira.

Selain daripada membersihkan tangan dengan tidak meninggalkan minyak dan menghapus bau, ia juga akan mengurangkan kesan minyak di sinki anda nanti dengan mengurangkan kadar minyak yang terlekat di sink nanti.

4) Sentiasa Check Sinki Di Dapur

Sink yang bersih adalah sinki yang tiada pinggan kotor. Anda boleh lihat sinki anda secara berkala untuk memastikan tiada pinggan ataupun cawan kotor yang ditinggalkan.

Bukan sahaja akan menjimatkan masa, anda juga akan mengurangkan pinggan mangkuk daripada berkumpul dan seterusnya membuatkan anda stress untuk membasuh nanti.

5) Sediakan Plastik Take Away Untuk Tetamu

Ini juga adalah tips yang berguna untuk mengelakkan pembaziran makanan semasa perayaan. Anda boleh menyediakan plastik putih dalam beberapa size untuk membungkuskan makanan yang tidak habis.

Anda boleh memberi makanan yang tidak habis itu kepada tetamu serta jiran tetangga. Dengan itu, senanglah anda untuk membasuh pinggan mangkuk yang anda gunakan itu tanpa perlu risau pasal makanan yang tidak habis tersebut.

Jika anda masih memerlukan tips kemas rumah ataupun khidmat pencuci rumah, anda boleh klik link ini untuk membuat tempahan.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

 

Juga Baca: Declutter Almari: Rupa-Rupanya Ini Lah Caranya Untuk Mengemaskan Almari Korang Yang Hampir ‘Termuntah’ Itu


Tentang Mobile Muslim

tips kemas rumah

 

Mobile Muslim adalah satu platform yang diwujudkan bagi menyenangkan para pelanggan untuk mencari penyedia perkhidmatan persendirian mahupun berdaftar dengan mudah sekali.

Antara servis yang boleh dicari di Mobile Muslim adalah perkhidmatan katering, urut pantang, pengasuh, pembantu rumah harian, tuisyen peribadi dan lain-lain lagi.

Dapatkan perkhidmatan servis-servis ini dengan harga yang berpatutan. Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu C.E.P.A.T dan tunggu maklum balas dari kami dalam masa beberapa minit.

Leave a Comment